Oct 12, 2010

aku berdarah jenis B

rini nak buat posting tentang benda lain, tapi macam malas dan mood telah men sorok2 lagi (mcm selalu)..

so ak blogwalking dan jumpa ni kat satu blog encik zul (ye ke nama dia ek??)

n ak nak kongsi darah ak.

eh salah2, kongsi maklumat tentang jenis darah ak, iaitu manusia gadis berdarah B.


*******************************************************************************************



Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)

Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.


Peribadi Asas:

Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

moral: RULES ARE MEANT TO BE BROKEN..?


Kadar Toleransi:

Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

moral: JANGAN CAKAP/TANYA/ARAH AK ULANG2 KALI KALAU XNK KENA PENAMPO.


Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.



ni part PALING PENTING!!!

Onion Icons

Onion Icons

Onion Icons


Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:

Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.. ^__^



Bagaimana mereka bekerja:

Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi, sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

No comments:

Post a Comment