May 30, 2011

Pertunangan My Sister....akhirnya!!!

ASSALAMUALAIKUM wbt

entry pada kali ini..... da macam cerita kanak-kanak pula kan, 
"Adik-adik, hari ini sang kancil akan berlawan dengan sang semut di jalan Wong Ah Jang"


cis! sungguh tidak sesuai untuk anak-anak yang sudah baligh. ecewah
ok,ok, back to the entry. this special, i repeat SPECIAL entry was mainly, again MAINLY about

MY SISTER'S ENGAGEMENT DAY!!!!!! (finally....)

Date: 28th May, 2011 (in case they forgotten someday, refer here ^.^)
Venue: Home.Suweeeeet.Home
Time: 11am onwards.

ceh bagitau date, venue segala macamlah nak jemput, padahal majlis dah lepas......
yela-yela-yelaaa~
nak bagitahu je, bukan nak jemput pun, haha. sungguh sopan ye cik tuan rumah, cis sungguh.
tak nak banyak cerita banyak tonyeh ayuh dengan gigih kita lihat hantaran. ini pun tak semua sebab malas nak upload, ada lah sikit yang macam cun nak tayang, so cekidaut!

_____________________________________________________________

HANTARAN FROM BRIDE-2B SIDE
(pinkish flowers in basket)

    


_____________________________________________________________

HANTARAN FROM GROOM-2B SIDE
(pepel gitu y'alls)



_____________________________________________________________

makanya setelah puas lihat skodeng sikit-sikit barang hantaran tu, ayuh kita lihat pula jemaah yang bertungkus lumus di hari majlis and the day before that. the day kemas segala kat rumah tu tak dapatlah nak ditunjuk eh koranonyo....... cik siswi ni belum sampai rumah lagi, masih main teka-teka proses culture kat ofis................. ofis tuuuu~!!! haha. sungguh macam poyo. macam je ok.


my abang Mi and his wife Kak Ita.... romantik2 dikala membelah tembikai

tukang kamera yang asyik hilang...my brother Wan

my uncle Pck Adam and my brother in singlet Lan

again......him Mr Big Brother
_____________________________________________________________

DAN! apabila berlangsungnya majlis-majlis keramaian macam ni, bila tetamu kenalan ibu abah datang, apatah lagi makcik-pakcik yang tak boleh sabar dah tengok mempelam yang belum masak...........
soalan LAZIM akan ditanya.

Makcik 1: Ha, tak lama lagi lepas Mena, Cha lah pulak kan (sambil senyum tengok aku)
CSK: Esh, mana ada calon lagi~ (konon-konon malu)

Makcik 2: Cha, ada datang tak Cha punya??
CSK: Punya apanya??? (blurr terkebil-kebil...naif ler katakan)
Makcik 2: Awak punya cik abang lah (lagi lebar senyum)
CSK: Tak jumpa orangnya lagi.

yang makcik-makcik ni takpelah lagi......yang kelakarnya, Maksu Ani aku pun tanya mana bf aku??? alahai~ "Amy aa~ tunjuk kat mama, Kak Cha masih singular...." 

bak kata Dr Mashitah: Janganlah asyik tanya, tolong carikan (dah x laku ke ni??? T__T)

____________________________________________________________

ok jangan sedih gundah gulana, mari lihat pula foto-foto disnap oleh hanset murah CSK sekitar majlis~

11am: Tahlil for our gone families and relatives before the engagement ceremony 

Kanak-kanak riang dapat masuk dalam blog CSK, tehe


The SIBLINGS with cik Bride-2B a.k.a Mena

Maksu Z (blue) and Kak Aida (maroon)

sesi doa lepas bincang itu ini

Hantarans

the Makcik Geng.... bergosip saja mereka ye

also.....sambut Mei Birthdays+Mother's Day

Mereka yang bertunang and The Parents


the majlis alhamdulillah went so much well with nice weather from afternoon until night, just a light rain in the morning but stopped around 9-10am. this is JUST an engagement but the crowd was felt like it's a wedding day! syukur alhamdulillah the food was yummy prepared by Puan Ibu's friend, Mr Ngadiman, and the satay (which I LOOOOOOVE so much!!!) was prepared by Mr Rosli if I'm not mistaken since 4am because there was other person ordering on the same day as us, he's also Puan Ibu's friend.



    
and not forgotten this bholat girl yang CSK sangat amat geram tengok
putih rambut lebat pipi montok, aish, nak jugak camni~ (gatai hang naa) 


semoga pertunangan ini akan bahagia dan WEDDING akan berlangsung dengan cepat, meriah, nice weather and many other blessings, and semoga dimurahkan rezeki Puan Ibu, Mr Abah and all other parties who have incidently or accidently involved in contributing to the success of our family's event. Allah bless Us!!! ameeen~

to Mr Zulhaili a.k.a Abang Bobo... WELCOME TO OUR FAMILY!!!


daaaaaaaaaaaaan...............................~
last but never least of kosh ler my picture and Puan Ibu shayang


.....and Awin yang skati je nak interframe ye, jentik bulu mata kang, biasa dia ni ye, eippp!


p/s~ thank you crowds! alhamdulillah. doakan jodoh CSK pula pasni dengan lelaki yang baik2 berilmu beriman berharta dan pemurah orangnya, insyaAllah. ameen. ok bye~ (^__^)/~

May 20, 2011

MILK ELECTION Dutch Lady!!!

ASSALAMUALAIKUM wbt 

malas nak hapdet tentang praktikal ni, sebab nanti aku kena berdepan lagi dengan banyak perkataan berkaitan dengan R&D, xbest ok. soooooo~ kawan-kawan~ hahaha. cik siswi nak menghajak koh-rung join voting-voting ni. alaa ada dalam tv iklan tu, yang DUTCH LADY MILK ELECTION tu! ha pernah dengar tak tentang benda election-election susu ni? macam first time je cik siswi ni men-joinkan diri dalam election pilih flavor untuk susu! so it's up to us to decide based on the vote, for them to produce the flavor for our yummiest Dutch Lady Milk!!! jom join, klik je kat link yang kaler kuning-kuning biru-biru tu, then you are there at the ELECTION FOR YOUR MILK!!!

ok senang sahaja ye tuan-tuan, puan-puan, ibu-ibu bapak-bapak sedara sedari sekelian dewata... klik je kat link in yellow text, then you all akan dibawa terbang kedimensi lain, a.k.a facebook Milk Election, then kat sana ada instruction untuk voting, so easy as 1 2 3...ecewah macam kanak-kanak bahagia hendaknyer ye. pe tunggu lagi kan, bukan kena bayar pun nak klik, apatah lagi nak vote. tak perlu surat kebenaran penjaga, tak perlu salinan ic atau surat beranak, just klik! 

ouh and nak inform dulu bagi yang memang tak hapdet diri tentang isu susu-susu ni, election ni dibuat untuk 4 flava bebeh.

1. Dutch Lady Red Bean (x ingat sape yang duta red bean), 
2. Dutch Lady Moo Melon (duta Amber Chia), 
3. Dutch Lady Caramel Toffee (duta aidil zafuan+zaquan adha) 
4. Dutch Lady Sweet Corn (duta by Faizal Tahir). mine??? of kos ler Toffee!

so kengkawan vote for CARAMEL TOFFEE!!!!! ok? bagus~


May 19, 2011

cerita siut ak, bukan ak siut ok

ASSALAMUALAIKUM wbt to sesiapa sahaja yang sedang membaca entry ni... korang ni xde keje ke yang nak dibuat, ada plak masanya nak membaca entry kat dalam blog?eh.eh. jangan ler terus tutup ikon blog ni~ amboi makngah, garang sungguh terus nak close blog teman ni haa... da sarapan ke si pembaca? ok saya belum. ok tipu. sarapan tu tidak lah, tapi sempat ler menjamah half dari karipap kentang yang makcik gue beli dari kedai tah mana. mekasih lerkepada makcik saya yang sanggup keluar sebab nak membeli sarapan supaya saya tak berlapar ke tempat kerja.

tempat kerja??? ok.ok..... yelaaaaa~ tempat training, bukan ke tu sama je macam tempat kerja?? sebab ak bekerja jugak kat sini, bukan aku main pasir ke, joget-joget depan orang macam kat kluang mall itu hari ke....


ha ni nak cerita ni~ ritu lepas sampai ke kluang, aku pun berehat-rehat, makan spegeti sebab malas nak makan nasi kat dapur, lepas puan ibu hantar cik akak aku ke terminal, aku pun bersiap petang tu nak berjalan-jalan merayap di bandar kluang. almaklum lah~ esok aku da nak kena ke JB, nak kerja kononnya~ sekali tu, lepas da parking2 kat tempat parking ler of kos kannnn, kami pun berjalan ke KM. kami adalah ak, puan ibu, 2 orang adik perempuan ak. sesampainyer di KM, kami naik eskelator nak tengok ler apabendanyer yang bising sangat kat tingkat atas tu. ya Allah! ada ke patut (memang bagi ak sangat x patot ok) puan ibu ajak ler aku yang naif ni pergi ke kluang mall yang by that time ada car show, yang macam TD2000 punya cars tu, ada show ler sket kat hall KM tu. so adalah dj ni dia buat kuiz bagai kat tengah2 show-hall tu, aku pun pergi lah tengok pebenda yang dibuatnyer. owhhh~ ada kuiz dapat goody bag 101 Haircare rupanyer~ ok lah tu, jawab benda simple-simple dapat goody bag haircare, so aku pun menjengah ler ke depan sikit nak tengok...... x ada apa pun yang berlaku time tu. then bila ada music, aku pun berundur ler nak bagi laluan kat orang lain, sekali tu!!!! ha ni yang part siut berlaku. puan ibu tunjuk-tunjuk kat aku bila orang tu tengah cari 'sukarelawan' perempuan untuk demo dance. sekali aku ditarik oleh dj pompuan tu dan ak dipaksa ke tengah..... dipaksa ok! haha. dengan blur2 naif inesen gitu ak pun ke tengah ler ikut je apa dj tu suruh. rupanyer AKU KENA MENARI!!! ok kat situ siut part 1. ak pun berjoget macam kat disko (ye lah tu~) dengan nyonya....... ada ke suruh ak yang comel pemalu ni berjogetan dengan aunty tu??? x rock r beb~ haha. pastu aku pun berjoget macam kat rumah, konon kat rumah berjoget. lepas beres 'tugas' aku tu, aku pun dapat ler cenderamata sebab meng'hibur'kan penonton. ok selesai part tu.

ingat tak aku ada cakap kat atas tadi, kami nak pergi berjalan-jalan merayap sebab esoknya aku nak kena tinggal kat jb sudah? ingat lagi? ok ni part 2 siut. da siap-siap ak berjoget sakan, gerak plak tengok ada chinese dance students buat performance kat stage KM tu, serius aku suka tengok danceshow cantu. kira macam battle dance antara groups lah. ok sangat best untuk aku. korang x suka, tu korang punya pasallah kan. eh.eh. nak tutup ikon lagi ke?? janganlaa~ sikit je lagi ni, baca sampai habis ye~ alolololo... berbalik kepada apa yang ak ceritakan tadi, lepas lalu kat dance battle show tu, memang sangat tak patot puan ibu kata, "Ala, Ca kan duduk pahang, menari kat sini bukan ada orang kenal pun, kan?" ughhhhh sentap mak nak~ haha. dan siut part 3 adalah, lepas lalu kat dance show tu, puan ibu berkata "Ha jomlah balik dah." maka aku dengan kenaifan berganda, tercengang: aik, nak balik dah?....... aku pun tengok ke puan ibu dan berkata (peh skema ayat): "So kita g sini kiranya untuk ak menari jelah, da siap, kita balik, cmtu?" punyalah besar gelak puan ibu, HAHAHAHAHAHAHAHA!!!!! ha camtu ler konon-konon nyer..... giler tipu! xkan ler puan ibu gelak kuat camtu...iye! betol! (sambil kerut-kerut kening nak suruh percaya). yelah aku tipu.ibu gelak cam aku gelak, tapi aku gelak sopan lagilah. hehe

ok itu je cerita siut pepagi ni. nanti aku update cerita tentang praktikal aku ni. minggu pertama aku kena membaca je da macam buat psm ok. sangat menagantukkan! xpelah~ ikutkan jela~ kan untuk kebaikan kau jugak cik siswi, kata nak belajar kat tempat orang~ yelaaaa~


p/s~ ........... janganlah perut berbunyi, itu petanda LAPAR!

ok bye~ jangan malas buat kerja ye kawan-kawan (mood upin ipin)

May 10, 2011

EXAM: Biosep...Cheers guys!

Assalamualaikum wbt

wokeh......wokeh.....woooooooooooookeeeeeeeeeeeeh!!! mode sekarang dah boleh tidur dengan agak lena selepas 4 paper exam telah berjaya ku ganyang semahunya. eleleh, ko jangan nak poyo mell ye, selama ni x exam pun ko tidur enak-enak je, jangan nak kata baru ni baru boleh tidur lena, dusta sungguh, agh dustatata. haha. pe kes marah diri sendiri ni, chill r kan paper tinggal satu je lagi. ye semester ni aku sangat bahagia sebab ak punya subjek exam habis paling mutakhir! dah ler start lambat gabak-gabak (gabak... pe tu??), pastu pack cam x hengat punya duniawi, jumaat+khamis+isnin+selasa..... pe kau hengat kami ni mesin ke direct terusan-terusan aja kau suruh kami perah keringat-keringat di utark ini. aiyak! sesempit-sempitnya vein ak ni, alhamdulillah aku masih boleh menjawab soalan pagi tadi. satu-satunya subjek sem ni yang pagi sebab the rest semuanya petang. apakeheinya? ah lantak, petang ak boleh tidur....dan lagi tidur membesarkan punggung JLo ni. konon JLo, kau da macam fei mau kau tahu tak?! cesss. yela-yela nanti bila da nak kahwin aku pergi lah kuruskan badan, puas hati? okeh? .....kahwin lah sangat kan~ habis tu kalau aku kata tak nak kahwin, ha camane pulak kan? hahaha. jangan tukar topik entry kau mellisa!! ok ok.

ha macam biasalah, kerajinan extra aku hanya boleh diperolehi pada minggu ini, aku menghapdet entry dengan gigihnya selepas snap gambar curi-curi dalam exam hall, nasib baik pakcik/makcik jaga hall x nampak....kot....ah lantak pi bukan ak kacau dia, bukan ak bukak pdf file dalam phone nak tiru-tiru...eh...eh....hahahaha. sangat TIDAK STYLE ok meniru-meniru dalam exam ni. kalau time test xpe. ahak! nak jawab exam pun kena ikhlas woo, tak lekat pahala aku study bagai. ecewah, nak promote yang konon-konon ko ni honest lah pulak kan. sebenanrnya.....sebenarnyaaaa.....jangan meniru, tu je..... cis

like the previous entry that i mentioned on 10 of may i have a paper to go thru, yup BIOSEPERATION ENGINEERING. when they talked (they=classmates) about the hint for this subject, our class rep, Cik Tun said "soalan simple je, semua chapter masuk, cheers"...... aku memang dapat tidur dengan sangat lena, sebab dia kata simple..... dan bila tiba hari kejadian a.k.a hari ni, memang SIMPLE soalan tu. memang sangat cheers lah sir, i very like-like ler jugak.

 
lukis-lukis conteng-conteng gambar sikit kat jawapan...

gigih snap smpai blurry kot-kot ler makcik jaga hall nampak aku main phone lepas time's up. nguhihi

 
ni lah front page answer sheet uni kami, hijo-hijo gitu, siap aku boleh lukis-lukis kertas jawapan.tak pernah-pernah lagi ak melukis selepas spm.....ok tipu, hari tu baru lukis garfield, tampal-tampal pulak tu kat dinding, nak kena saman ko kan. belum sampai spm pun ko drop art ada hati nak kata pandai melukis. ha banyak jugak aku melukis tadi dalam exam hall, cantik pulak rasanya. darah seni masih mengalir ke ni? ouh panas sungguh darah...ouch panas! 

ni ler rupanye question booklet kau ye mell...''Ya!"....(janganlah excited sangat jawab tu..g tdo!)

"simple je, semua chapter masuk, cheers"
....bahagianyer dengar semua chapter masuk~ ouh terlalu teruja untuk digambarkan.



ok gegel boboy, jom rest jap 2 hari ni. rest pun tak rest sangat ler deme-deme ni, we all masih ada satu lagi paper this friday, then balik (tumpang Cik Ikin...huhu mekasih) hari Sabtu insyaAllah, ahad pagi gerak ke JB nak usya UTM from my aunt's house, then tinggal sana. i got to stay at home for just.......less than 12 hours time???? homaigosh, "i blame education for this!!!"... yes i read that somewhere in my old friend's brother's blog. can't agree more this time, you are right this time around! then after sunday ni, this very very veeeeeeery sunday, esoknya, mournday, kena lapor diri ke UTM untuk practical session. semoga aku larat dan sempat yang amat sangat mentawaf Kluang Mall this saturday's night! yooiiissshhhh!!!!!! agh penat sungguh nak re-pack kat sini, then de-pack kat rumah then again! RE-PACK!





p/s~ tetiba malam semalam terniat nak ziarah pusara arwah atok. "Atok, tunggu i datang melawat ye, insyaAllah this saturday evening after asar i jalan ke sana. nak bunga apa?" .....kau kalau malam ni mimpi arwah atok bagitau nak bunga apa, memanglaa....memanglaaaaaaa~ aku kejar kak limah sampai jamban. 

(pe pasal panjang sangat p/s kau ni ha mellisa?!)

EXAM: Hari ketiga

Assalamualaikum wbt

quick entry malam (x malam sangat, sebab jam lappy dah 2am). hari ni hari ketiga my exam, tkk subject
ok, studied the night before, and kinda last-est minute punyer study, hehe, itulah my 'style'. later mesti gubra para konon-konon kan, padahal panda-panda mata ni ngadap nombor. dan nombor, dan lagi nombor........... dan nombor lagi, yang haruslah tiada ekor okeh~ 

paper petang, dengan kemeja sponser oleh Cik Ikin, dan tudung pepel Cik Jah belikan kat terengganu, seluar hitam, lenggang-lenggang dengan buku rujukan bersama Tifa, my classmate lah kan, takkan pulak bf, maka kami menapak sebutir-sebutir ke court (laluan nak ke kelas)......... encik matahari pada kala itu, memberi senyuman gala yang sangat meriah

"ouh~ sangat tak panaaaaaas~ ouh tak panasnyeeeeeeeer~"

muka da mula liuk-liuk peluh, seb bek tepek bedak tadi, kalau tak, sia-sia je minyak naik harga, heh wa boleh kasi tadah lah masuk tangki u ols~ LOL. lepak-lepakan di hall blok w a.k.a tapak semaian peperiksaan bebudak kimia specially, yang tak special tu untuk student yang bukan chemical, ahak! blok tu chemical faculty yang takecare....eh ye ke? eh betul keeeee ni?? eh tah lah...eh..lalala~

tunggu dari 2.10pm, last-last masuk dewan jam 2.30pm (padahal jadual kata start 2.30pm, ceh).dan bermulalah sesi mencari seat masing-masing, my seat betul-betul depan stage lecture hall tu, wow! gojes sungguh~ ada kertas MW and buku properties kat atas meja, kertas soalan exam, answer sheets, and graph paper too. yang MW paper and buku properties tu, seriusly ak tak tahu untuk apa, coz our subject was allowed to bring reference book, kiranya open book exam ler. kenapa? x fair macam orang lain? banyaaaaaaaaaaak kot formula cik kak uit, lau x bawa buku tu, nak korek mana formula equation segala. mahunya ak tenung kertas tu, angkat tangan dan tunggu guling-guling kat toilet sampai exam tamat. memang sangat tidak style ok.

usya-usya soalan, then ok lah, boleh jawab, started at 2.41pm and bismillah~ mula-mula tinggalkan dulu soalan nombor 1, kejadian dan tabiat wajib ak, tah kenapa, tak suka nak jawab soalan nombor 1 dulu. so start kat nombor 2. sekali soalan tu tanya understanding and principles of pure fluid bla-bla-bla. ak tahu siapa yang buat soalan nombor 2 ni, konfem dia! haruslah sangat amat dia orangnya! Dr Iqbal. then da jawab selak-selak sikit, ak mula jawab soalan b and c. punyalah khusyuk tawadok buat soalan tu, sampai sakit-sakit tengkuk ak, serius lenguh gile menunduk je mengadap kertas, menjawab dengan giler-giler-giler punya semangat (tu pun sebab tahu camane nak jawab, lau tidak.....hmm). part c macam sangkut, ok xpe, tnggalkan part akhir tu japgi jawab semula yang last section. tengok jam, ouh 1 jam 40 minit lagi!!! ada lagi 2 soalan, 3 and 4 belum disentuh apatah lagi dijawab! konon-konon babak cemas berdebar dalam hati, gigih-gigih selak page nak jawab kat answer sheet yang baru, bismillah lagi......setel nombor 3, gerak pulak nombor 4, ok boleh dijawab ni. ngongeng-ngongeng kat kertas, conteng sana sini sikit, siap dah nombor 4. ouh...ouh....OUH! soalan nombor 1 ak!!!! ha ini baru betul-betul gubra boleh start, haha. nasib baik tadi awal-awal penjaga hall tu da siap edarkan extra sheet, so dengan saki baki masa tu, jawab ler soklan nombor 1. apa pasal yang banyak sangat partition ni?! ah malas fikir, buat yang mana tahu, itu lebih crucial, so siap ler part c. yang a dengan b tu, ha pandai-pandai ler puan lecturer bagi markah kesian free kat i. haha. masih ada masa lagi ni, teruskan menggoreng...goreng-goreng-goreng dan lagi goreng~


rasa seronok okeh bila exam, u dapat buat tanpa termenung tengok kertas soalan, dan dibalas dengan senyuman sangat amat sinis oleh kertas soalan kepada anda, berbalas tenung, akhirnya tak jawab sebab tak sanggup nak kotorkan answer sheet, bak kata member, "aku tinggalkan banyak page kat kertas jawapan tu suci". so itulah kisah exam pada hari ketiga and subjek ketiga. esok ada lagi paper....nope-nope, pagi nanti, sekarang kan da 10 mei. yup i got paper on 10 mei, BIOSEPERATION ENGINEERING, the 'cheer'ful lecturer. anyway, goodluck to myself, I CAN DO IT!!! yoiisshhh~!


p/s~ bila blackout tadi baru terngadah konon-konon xhabis study, cet x insaf sungguh anak-anak ini..... tak payah kata orang, kau pun sama je mellisa ye.....okeh okeh, ak pun sama je. k bubye~


May 8, 2011

my love to share


Assalamualaikum wbt 

heheheh... my nawaitu nak buat entry tentang benda lain but then terfikir sumting time-time tengah proses tabii tadi.........choi kutur tauuu...eles, macam ler u ols x buat proses tu kannnn. ok ok. back to what i meant for this entry, sejak dua tiga pat mer menjak ni, sejak-sejak sem da nak tammatun ni, ramai pula tengok orang pergi datun-datun, bukan datuk datin laaa...dating! ngehehe... anda termasuk dalam golongan ini kah?
olrite, kalau nak baca boleh baca, kalau nak komen jangan spicy sangat, i like original...

     
note: oleh kerana i gegel, so to mr bf lah kn pic, haruslah boy.. (^___^)


okeh tak salah rasanyer kalau kita berdating........ye ke???? siapa setuju? xperlu angkat tangan kaki segala, baca je, kang angkat itu ini, ada pulak terselak-selak yang x patut, hesh. syarat nak dating? .......aik, ada kena bersyarat ke? rasanyer orang yang nak/dah/akan ber-dating ni mestilah kan orang yang mempunyai partner, sebab tu namanya dating, kalau bukan antara 2 makhluk berlainan jantina yang ada feeling-feeling ni, x kan lah pulak namanya dating kan, tu namanya meeting maybe? haha. lain pulak terms dia ye, padahal yang berjumpa tu sama je, lain jantina. yang sama jantina berjumpa kalau term dia masih dating.....hurmmmm ad aneh di situ mungkin? no comment~ ahak lagi. okeh, disebabkan anda-anda-anda yang dok berkapel sana sinun dan dating merata di mata aku, ada entry KHAS untuk bakal boifren yang akan datang... konon-konon akan datang lagi encik boifren, konon-konon jelaaaaa.....  ye tahu, saya x laku macam kamu.... T_T 

SO, syarat-syarat yang u patut tahu for u to be my bf nanti ye darling~ meh baca sikit ye, x banyak, memang sikit je pun my rules and regulations ni...da macam law pulak ye, takpe-takpe, rules ni pun i buat untuk kebaikan kita....wah kita ghetuuu~ ahaha.



1. PEGANG-PEGANG TANGAN YANG SUWIT-SUWIT KAPEL SALU BUAT NI - i tidak akan benarkan u sentuh tangan i dengan sengajanya sebab tangan u belum tentu suci, dan i belum mampu nak tanggung dosa yang i lakukan sendiri apatah lagi bila i sentuh u jadi jangan biarkan tangan u kotor oleh tangan i yang masih dibawah hak en abah dan puan ibu. u don't deserve it and you have exactly no right to do so! (alhamdulillah ak masih belum pernah sentuh mana-mana tangan anak bujang orang walaupun dah berkali-kali putus chenta...tahniah untuk diri sendiri)


2. THOSE THREEEEEE WORD - i will not easily say i love you because those words meant so much dear to my heart, so i xkn ler nak sonang-sonang bagi u dengar yang i cakap i sayang u, no way bebeh. only after certain times that i am able to convince myself that u are someone important, will only by then i say the words to you. but not saying it doesn't mean i don't feel it, but i'm a stubborn who need myself to convince me about the true feeling. ok? u x marah kn? good! sebab i pun akan pandang the very low-low kat u kalau u senang-senang je whisper those words. i don't like sweet-talkers. i hope my bf-to-be will be none of this type. ameen~


3. i am a chubby-kinda person ( ye ke ni??), and i'm short. so i would be very glad if u don't feel ashamed for walking or communicating with me, like my previous ex (sorry to mention u), he accepted me the way i am (well that's what i believe to be), thank you for that. plus, since i'm happy with that, i grew a few kg(s), haha! sooo.... if you think you cannot accept someone who is oversized, plus size, XXXXX...L, then i wish you not go nearing me neither you will acknowledge me. that would i definitely be glad of. you know how it hurt myself when they tease, but i endured it and pretended it was nothing much to think of, not just me, but also goes to any other extra sized girls. i will not say i hate it, but i rather use the word, i don't like you to mention it. i prayed that someone will accept me the way i am, a plus size (ye ke aku ni plus size pny kategori ek? watever lah kan...) how if u were in these type of size and they talk to u in such manner? opppss, jangan emosi-emosi pula ye. hehe sorry~

4. next, u kenalah tahu yang i ni perempuan, betul-betul sungguh u ni female, confirm tanpa ragu-ragu, dan kejadian perempuan ni adalah makhluk emosi. so andaikata satu masa u tengah hepi-hepi then u cari i but i was not in the mood, i hope u akan menjadi orang yang sangat memahami yang itu kerja encik hormon dan kak emosi dalam jasad i ni. janganlah pula nanti u marah-marah sebab i x nak layan u borak-borak. u kenalah sporting, boleh kan? boleh kannnn?? ala bukan selalu pun, setiap bulan mengambang je. boleh kannnn~

5. last but not least (later i boleh update lagi syarat ni kan), i hope you can accept my family for i will consider your family as whom i wish to know after i know you. so if u nak kenalkan nama i kat your sister/brother/friend pun u segan/malu (possibly sebab i extra, who knows), then don't even think of making me your gf. sebab? i really appreciate your concern for introducing me to your family, because! you are not the only choice i have.... eh, eh... masih laku okey this oversized girl, pe u ingat i  x laku ke? kalau u nak kenalkan i kat your family pun malu-malu-malu, i ada orang yang menunggu untuk bawa i jumpa parents diorang tauuuu~ haha. that part i can be sooo proud bit of myself. astagfirullah, sedar sikit jangan nak eksen (tampar-tampar-tampar encik teddy bear)

okeh, tu je syarat i bagi untuk u mr boifren-to-be-future-hubby. ouh, one more thing i nak pesan kat u ye darl, u jaganlah belajar/tahu macam mana hisap rokok/tembakau/cerut/shisha/adik-bradik-nyer.... sebab i wish my bf2bfh ni seorang yang sihat dan menghargai nyawa i, u xnak hargai nyawa u tu u punya pasal lah kan. later-later nanti anak-anak i terikut u punya tabiat hisap rokok pulak, cukup-cukup ler mr abah i tu merokok, i tak nak tauuuu u hisap rokok ni. no-no-no dear~ bagi lah i family-environment yang sihat untuk i and anak-anak i (macam dah nak kahwin sangat plak kan masuk bab anak-anak ni). 

...

...

...

...

...


*anytime when i flashback that moment when i looked at mr abah yang sudah tua, my tears can't stop... bertakung lagi untuk entah kali keberapa... garis-garis kedut dimuka abah membuatkan aku sedih, betapa jauh abah dah berjalan, gigi yang banyak dah pergi meninggalkan sang gusi...ah menitik lagi airmata, terkenang... ah, menaip lagi dengan airmata, mana lagi nak sorok muka sik menangis je bila teringat T_T
SEMOGA IBU DAN ABAH KU SIHAT DAN BAHAGIA DUNIA AKHIRATMU YA ALLAH~ ameen.* (i don't care how much less the love others gave me because the crucial part is the love i get from my parents and the blessings, thank you ibu and abah for having me as your daughter)



p/s~ banyak sangat menangis bila teringat, rosak tak mata? insyaAllah penglihatan ini dalam peliharaMu ya Allah. nangis baca entry sendiri, sambil telinga cucuk earphone dengar lagu blog encik Awang ni, thank you for having the background music, i fell in love with it already tho i don't understand much arabic words.



May 7, 2011

First Week Exam: Newly-born


Assalamualikum wbt.

Malam/pagi ni entry segera yang megi2 gitu sbab i'm currently watching movie/cartoon so i can't interrupt that, right? ok, hop on! now, entry ni semata-mata tentang my first week of examination, subject of OSH and PME. what's OSH? ha pandai-pandailah u all baca pe yang tertera kat atas paper dalam picture kat bawah ni. x nampak?? abaikan, yang penting, dan sangat penting, paper ni da lepas... lega, alhamdulillah! kejadian aku menjawab soalan paper ni berlaku pada 5 May, a.k.a Hepi Besday to my brother, Mazlan Abdullah. if i'm not wrong, according to what my mom said by call today, he was or will soon be in Pasar Seni in KL for the Art Tour of his art school. he's one of the luckiest sibling of mine ok, travelled a LOT jeles..jeles..! ok jangan moody-moody, jangan tarik-tarik muka, rugi nanti create your own keduts. ngehe

5 May, 2011: OSH in Chemical & Biotechnology

orite, ni paper first, da macam newly-born-exam ak rasa. hari pertama g exam jawab subjek OSH, excited giler-giler-gilerrrrr macam dapat baby twin rasanyer. punyalah lama tnggu, 2 minggu lebih dan akhirnya........akhiiiiirnyaaaaaaaa~ ak dapat jugak masuk dewan exam. ok, nak lahirkan baby twin bukan 2 minggu lebih, tapi berminggu-minggu-minggu yang lebih. baby?? nak kena cari hubby yang suwit2, cubby2, comel2, so dat my babies (my????) nanti cutey-cutey-cuteeeee~!!! oppps, terlajak sudah pasal baby, balik kepada entry tentang examination!

FOCUS...... FOCUSSSSS!

Crazy Rabbit IconsCrazy Rabbit Icons

monolog: da kenapa yang kau excited sangat ni ha, sem lepas x datang exam ke??

then  my second paper, ala x jauh, sebelah hari je, 6 May.....btw, 
HAPPY MOTHER'S DAY TO PUAN IBU YANG TERCINTA!!!! nanti i buat entry ye puan ibu, la ni xde our picture sebab i da malas giler-giler-giler nak snap my camera kat phone. in case ler i ada kamera gabak2, sharper2 tu, ha memang full ler extrenal ni dengan my pictures, muhahahah!

below ni, sempat-sempat snap dalam dewan exam a.k.a Astaka UMP yang ada aircond okeyyy~ sejuk okeyyyy~ (bangga jap jadi warga UMP walaupun....teeet xley cakap). ni antara kawan-kawan yang of kos ler duduk depan i kan, if not, x kan ler nampak behind view, cisss. jamu-jamu lah mata, kot-kot nampak yang berkenan. tuan kamera? eh mana boleh, i nak single ok. haha u ni perasan je tauuuu..



6 May, 2011: Project Management & Economics (PME)

ini adalah paper yang kill-me-instantly-and-please-die-faster kinda type! seriusly, i went through all the past year papers, and even drew the trend of questions, and made practise of it, but... but... are we an experiment?! sampai sakit-sakit tengkuk aku tenung soalan dalam exam paper yang ni, pejam-celik-pejam-tak celik2... HOW AM I SUPPOSE TO ANSWER THIS????????? dengan kekuatan rohaniah yang masih berbaki lepas usya soalan yang membunuh ak dengan amat sangat tragis, maka ak memulakan langkah tinggalkan dewan pekse membaca ayat kursi dan selawat dan bismillah sebab ak sakit kepala tengok soalan tu. THE TREND REALLY WENT OFF THE TRACK FOR THIS YEAR!!! wadeciken ok.

and finally, 2 papers straightly went off from the board, and i can settle down for another 3 papers waiting next week, hopefully i can manage my emotion and my brain and not to forget my calculator like i did last semester! haha. engineering student can NEVER forget their calculator, that's a sin.

so for the upcoming papers, i hope we meet in peace and you may not hurt my tengkuk like this PME paper, and i'm glad the PME went offffff already! so i can relievely say BYE-BYE PME!!! don't see me again.

Onion EmoticonsOnion Emoticons

been studying that subject intensively for a whole week, just focusing on that and the past year papers. who made the questions anyway?! can you darely explain why you don't follow the trend?! are you intentionally want me to repeat that paper another semester?! ugh forget it.

okay, jom kita tengok muvi sekejap before we go to bed... i mean sleep. tadi da banyak naps, ouh and one more thing for tonight's prayer, i wish that the cafeteria will not stop/decline/reduce supplying food to us especially ME, because i have to eat everyday (and my friends too ok), and you the cafeteria people should have been prepared since we have like another week here, that's not including others who may have other programs here afterwards. pleeeeease provide more than enough food for us. kecewa sungguh bila pergi kafe petang-petang after exam then tengok-tengok, xde jual makanan petang like before, instead, just ada ler saki baki lauk jual time lunch. not fair! i'm hungry! tak baik tau buat camtu, huhuk...lapa-lapa-lapa!!! esok nak bangun awal-awal g beli breakfast sebab dah 9 jam (last makan td megi around 7pm, and now 4.15am....MEGI!!!) tak ada seketol makanan pun masuk dalam perut. ugh!

okeh, itu saja laporan untuk entry malam/pagi ni, sebab da ngantok plak rasa mata ni, kena tidur~ kalau tidur kul 430 ni, mahunya bangun esok pukul 11 lebih, nasib baik kat hostel, haha. x boleh! kena bangun awal, nak beli makanan, penting tu! jangan hidup dalam kebuluran, malaysia banyak sumber makanan, yang kurangnya orang nak memasak je. nanti kena kahwin dengan orang yang pandai/reti+rajin memasak, 2 in 1, ok?


jom tidoooooooo...  Crazy Rabbit Emoticon   nunyte~


May 5, 2011

PETUA: Bila susah nak tidur


assalam

pagi-pagi yang tak berapa dah nak pagi ni ak telah bangun, setelah malam tadi tak dapat2 nak tidur hingga pukul 4 mata masih liat tak mahu tidur. lepas baring 2 3 minit x selesa ak duduk, pastu baring semula pastu duduk...itulah benda yang ak buat sampaikan ak bersenam2 atas katil sebab nak bagi penat nak tidur. ngantok da ngantok pun, tapi xtahu kenapalah yang payah sangat nak lelap.

Onion Emoticon SetOnion Emoticon SetOnion Emoticon Set

so bagi sesiapa yang pernah/telah/sudah mengalami masalah macam ak ni, ak telah mencipta mendapat petua baru untuk setelkan problem ni. walaubagaimanapun, ia lebih afdhal untuk golongan muslim 
*sorry to the nons sebab...ha satg tahu ler kenapa*


sekiranya anda tak dapat tidur, dan dah senam2 sampai katil nak runtuh sebab anda banyak sangat gerak2 dan tambahan berat anda makan ayam/donut/eskem (bukan ak ok)... cuba kita terai cara y ak buat malam td. efektif tu tiada jaminan, tapi insyaAllah~

1. g bangun dari katil tu, G AMIK WUDHU'... jangan malas nak bergerak mentang2 da ngantok.
2. da siap2 tu, nak masuk bilik, baca ler A'UZUBILLAH HIMINASY SYAITHOONIRRAJEEM~ 
3. duduk kat katil tu, tepuk2 sikit katil n bantal -->> bg empuk2, halau 'penumpang2' lain soh g men joh2
4. tinggikan tempat letak bantal tu -->> doublekan bantal ke apa ke, ikut selera tengkuk
5. baca AYAT KURSI, SURAH AL-IKHLAS 3x -->> inilah sobab yang ak kata afdhal untuk muslims.


bagi yang agak2 lupa camane la heh nak amik wudhu' tu (konon2 lupa lah polak kan), ha gini ler caranye (simple2 je):
1. nawaitu a.k.a NIAT 
2. basuh MUKA 3x -->> gosok2 ler mata dan area sideben korang tu, urut2 sket
3. basuh TANGAN sampai ler ke siku, pun 3x -->> memula kanan 3x pastu kiri 3x
4. sapu air 3x ke GIGI RAMBUT (ak xtahu nk describe pe word, tapi antara ubun2 and dahi)
5. last sekali, finale, BASUH KAKI sampai ke buku lali, kanan 3x kiri 3x, gosok2 ler jgn malas nak bongkokkan badan tu ye, xpatah tulang 16 kerat tu.

ha itulah gamaknyer cara2 nak berwudhu'... kalau2 ad non-muslim yang nk try berwudhu',
xsalah kot sebab ni hanya untuk tujuan KEBERSIHAN~
wallahualam. 



p/s~ kalau marah2 or hati panas, basuhlah dua2 tangan, sental cukup2 kt bawah air paip y mengalir, dan basuh telinga, bilas2 telinga tu... makanlah eskem jugak supaya coooool, ok?? 
MSN Onion Emoticons
oklah bubye~ 
nak g mandi, td masih sejuuuuuk!

waah~

Onion IconsOnion IconsOnion Icons





japg nk kena finalize segala input untuk jawab paper petang ni OSH!...yooishh!!! gambatte mell-san!

Onion Icon