Aug 28, 2010

Muzik dan Aku


entry kali ni dengan tahap kerajinan yang agak tinggi aku nak menulis tentang sesuatu yang berkaitan muzik. korang pun mesti ada muzik2 tertentu yang korang suka nak layan kan? mesti punyer..ak berani buang buku math tahun 1 adik ak kalau korang kata korang xde dengar muzik2 nih..giler tipu!

ok berbalik kepada muzik dan ak (tajuk entry tu kan), ak ni suka dengar muzik bukan sekadar hobi di masa lapang. sebab ada orang tanya kat bebudak sekolah dulu2, "hobi awak apa?" kan? kan? mesti punyer, pastu da tanya hobi, siap tanya suka makan apa, tengok citer apa kat tv, da macam stalker pun ada jugak, segala details nak tahu, menyebok jugak bebudak dulu rupanya, pastu siap passing2 biodata, macam adik ak yang paling kecik tu nama Linda, siap ad buku khas semata2 nak simpan biodata kengkawan. xpaham ak. dulu ada juga ak buat keje xberpekdah tu (ikut trend) padahal bila pk2 balik watpe jelah ak simpan segala macam maklumat dorang. satu hari nanti dorang berubah jugak kan.kan.mesti!

1. hobi kengkawan: ada ke masa yang ak nak join hobi dorang tu? sama ke hobi dorang ngn hobi ak?... xsama!
2. makanan kegemaran kengkawan: ni ak xpaham, kalau ak bagitahu kat orang pun, ada ke peratusan untuk korang sediakan atau belunje ak makanan yang ak suka atau makanan yang ak harap ak suka... (???)
3. alamat rumah kengkawan: benda ni agak logik sikit sebab akhir2 tahun nak raya senang nak hantar kad raya ye tak? ak paling suka nak pos kad2 raya ni suatu masa dulu2. siap usung adik ak maria masuk The Store semata2 nak usha kad2 raya y cun2 kat dalam TS tu.
4. kawan baik/rapat: ni lagi ak xpaham.. agh!!! umur 9 10 tahun tapi bila isi biodata ad kategori nih. camane korang beza2 kan kawan baik, kawan rapat ngan kawan yang sewaktu dengannya? seyesly ak xpaham bebudak dulu. ruangan 'kawan..' tu lah yang paling ak trouble nak isi bila orang mintak biodata ak dulu2. sebab bagi ak kawan sume sama je.. tah.

dah lari pulak tajuk etry dengan isi entry..lagi!


***************************************

ok2 ak cerita semula tentag muzik. kenapa ak nak cerita tentang muzik tetiba? sebab ak tengah mendengar muzik sekarang nih. kadang2 tu dari celik bijik mata ni, ak da on laptop ak pasang WMP semata2 nak layan lagu. tah hape2 tebiat ak yang satu nih memang xkan dapat dilupus. agak2 nant kalau ak da kawen, pagi2 bangun g kat laptop, cocok earfon, pasang lagu kuat2... pastu laki ak bangun mesti bagi ceramah pagi pasal sarapan xbuat, air mandi xsedia, baju xiron, katil xkemas, dan segala macam bla3..agaknyerlaa.. mana ak nak tahu kan, ak masih single tak kahwin lagi ok. fullstop

berkaitan muzik semula *bila nak cerita tah* ak suka dengar muzik rap, contohnyer dulu2, masa ak memuda remanja, ak suka dengar lagu Westlife, memang ak bernadi west sangatlah kononnya time tu, tambah2 lagi kakak ak join sekepala dengan lagu N'Sync beliau. asal kuar je lagu baru kat tv tu, berpusu ak dengan akak ak g satu kedai cd ni nak beli cd lagu westlife ngan n'sync. padahal lagu yang ditambah seketul dua je, yang lain2 sume ak dah dengar, ada cd lagu2 tu kat ak. tapi hanya kerana ad tambahan 1 2 lagu tu, terbang rm5 ak semata2 nak dengar lagu tetiap hari. nak kata bodoh tu xdelah kan, *giler ke kata ak bodoh* tapi sikit2 bangang tu ada r jugak. bila pk balik, mahu beratus ak habiskan semata2 nak dengar lagu seketul dua tu dan kayalah tokey cina kedai tu sebab setiap minggu ak usyar kedai dia cari cd. xdapat cd lagu, ak bedal beli cd cerita plak. paling mahal ak mampu time tu beli cd harga rm8. tu pun cd lagu mp3. betapalah bodoh IT lagi time tu, ditambah pulak Mr abah ak xbagi kitorang guna pc kotak dia so xdapatlah kitorang mendonlod lagu2 kat tenet. nak tunggu pakai tenet kat sekolah nanti kantoi donlod lagu pulak. sudahnyer sampai ak sekolah menengah ak ulang alik BCB beli cd kat tokey cina tu, dia memang layak senyum lebar2 sebab ak berjaya kayakan dia dengan rm5 hampir setiap minggu wa cakap lu.

pastu nak dijadikan citer tentang muzik nih, ak mula berjinak dengar lagu yang english punk2 hiphop ler konon2 time tu. ye2 mesti korang tahu, LINKIN PARK. ni band paling ak suke! setiap kali ak dengar ak akan melopong sebab ak xpaham apa yang Mike Shinoda (yang kiut, hensem janggut, chubby) tu bebelkan sebab dia rapper dalam group tu. so dengan niat yang sangatlah mendalam, bermula dari dengar lagu2 LP tulah ak mendevelop skill bercakap laju2 dalam bi dan menjadi habit ak kalau nak dengar lagu, ak suka lagu yang rancak dan penyanyi tu pulak mesti kena nyanyi lagu tu laju2 a.k.a rapping.

sekarang ni melambak lagu yang berhamburan albumnya kat muka bumi sampaikan kadang2 tu ak xpaham, "macam mana lagu macam ni boleh jadi album?" sungguh ak xpaham! tambah2 pulak Mr abah kalau bawa dia dok depan tv time2 juara lagu ke, tengok muzik2 dengan Ms ibu, mesti mulut dia xreti diam, ada je benda nak komen, pasal suara lah, pasal pakaian lah, macam2 lah. ak rasa kalau Mr abah ak ni jadi juri AF, memang xde sape2 yang menang, hakhak. pemutusnya Mr abah kena bebel bertubi2 dengan ak, Ms ibu, kakak ak serta adik2 ak yang perempuan. "abah, dok diam2 lah tengok tv, jangan bising2, nak bising, g dok belakang men komputer." agak maju Mr abah ni sebab dia men komputer dikala umur beliau sekarang 60+. setakat nak edit gambar photoshop tu small the pieces je Mr abah kata. alangkan ak pun terkebil2 nak klik2 edit gambar sendiri, seyes ni ak buta edit2. jangan tanya mana adik laki, dah tentu2 dorang men game kat komputer len, sorang hilang lepak ngan member di petang2 hari...sorang lagi tu je ad kemungkinan berlepak2 sama ngan kitorang depan tv. nanti ak buat entry tentang adik beradik ak plak, kalau ak rasa nak buatlah kan.


******************************************

mood ak sekarang ni suka dengar lagu english (menten dari dulu sampai sekarang memang ak suka dengar lagu english lau nak compare to lagu melayu. tapi suka dengar lagu2 negeri cam lagu2 berunsur zapin ke, dikir ke, agak berjiwa patriotik ak ni sebenarnya)... pastu selain lagu english, ada pulak dalam playlist ak nih lagu korea. memang banyak ak xpaham kejadah pe dorang sebut, tapi muzik dia ak layankan je sebab xpaham tulah ak dengar. sikit2 tu adalah jugak word dia ak tahu sebab kalau ak langsung xtahu pe dia sebut walau sepatah, apa guna tayangan drama n muvi korea kat tv tu ye tak? ak ni praktikal, tengok cerita, ak gunakan untuk belajar bahasa, bukan setakat amik feel nanges2 tengok citer jiwang2 je. sekarang ni pun ak tgah dengar 3 je lagu kat earfon yang dicocok kat telinga ak... LEE HYORI (U-go-girl), SNSD (happy) ngan BOA (energetic)...

rupa2nya dalam uni ak nih ad group boys yang memang agak fanatik dengan SNSD, ak pun baru tahu sebab kawan a.k.a rumet ak yang inform, wateverlah guys. bila tanya kat klasmet ak, dorang layan lagu apa, sungguh ak insaf keluarkan soalan tu "kitorang layan lagu nasyid je, bukan faham sangat lagu english."... eh jangan salah faham k, ak layan jugak lagu nasyid ni, tapi lambakan lagu nasyid orang2 muda sekarang banyak berkisar tentang cinta, tentang kecantikan wanita, tentang hubungan laki pempuan..so dari ak layan dengar lagu2 nasyid macam tu, bek ak layan dengar lagu english, at least boleh improve vocab ak...*ye2 jek*


eh jam da pukul 6.47pm!!!! giler apa ak dok depan laptop ni xperasan sungguh waktu yang da nak masuk maghrib hanya beberapa minit.makanan xbeli lagi, buka xkan nak makan megi? eh k ok je, lagipun bulan bersama ak lagi, hakhak. agak serabut jugak ak tengok tempat ak bertapa nih (a.k.a tempat ak duduk2 untuk study)...bila jelah ak nak mengemas ni, sungguh malas itu terserlah bila tengok tempat semak. well~ untuk orang2 jiwa seni macam ak nih, xboleh kemas2 sangat nanti jiwa x aman bila tengok semua barang tersusun rapi, agh!!! itu semua dusta belaka! siapa yang xsuka hidup dalam keadaan yang kemas?





p/s~ nak kemas ke x ek malam ni? xpelah, esok lusa masih ada hari. bukan ad kucing nak beranak pun dalam bilik nih kalau ak xkemas. *perempuan apakah ini*

Aug 27, 2010

JALAN-JALAN BLOG



apa benda yang aku post untuk tajuk aku tu? kenapa ayat aku 'in full word'? ok2, sebenarnya macam nih... tak ada apa2 hal sgt pn, ha kan ad shortcut jugak tu. aku baru lepas balik dari blogwalking, eceh macam g shopping pulak~ maka selepas aku berjalan2 tu, ak sempat singgah ke satu blog brother nih, bro nih study jepun rasanya kt Inst. of Technology *salute*.. kenapa perlu salute? ikut suka hati aku ler kan, dah ni pun blog aku... ok2 sorry kasar plak kan. sebab apa aku salute dia adalah kerana akhirnya aku jumpa jugak satu blog dari org luar... eh kenapa cam pelik je ayat tu? bukan2..sumpah tu bukan pe yang aku nak maksudkan sebenarnya, sumpah bukan!!!

bro tu study kat sana and dulu2 tym aku masih seorang budak2 yang baik *sekarang pun ak masih baik, cuma nakal je..ke?* ak suka selak page dalam berita harian tengok2 ruangan salam perantauan, dan nama institut2 dan universiti luarnegara ni cukup2 buat ak kagum! lagi2 bro-sis yang study engineering kat luar negara. dalam kepala aku yang sebagai budak biologi dikala tu memikirkan, "macam mana diorg nih boleh belajar engineering? kan susah kos tu"... ye memang susah pada ak masa tu, dan bukan pada masa tu sahaja. masa sekarang ni pun jugak! sebab?

AK DAH PUN MENJADI SALAH SATU DARI MANUSIA YANG BELAJAR KEJURUTERAAN a.k.a ENGINEERING tu... walaupun selalunya ak sgt2 MSN Onion Emoticon Set tapi ak bersyukur dapat kos y sgt kritikal ni Onion Icons hingga ada masanya sebelum ni ak minta tukar ke universiti lain sebab ak memg xde nawaitu nak stay bidang ni... siap bgtahu pada adik beradik ak yang dorang janganlah masuk bidang engineering ni kalau tak suka math *macam ak ni*... tapi satu je ak sedar lepas ak join engineering ni, MATH IS FUN AND IT'S A GAME! tapi adik beradik ak yang belum jejak kaki ke menara gading memang dorang pun xde nawaitu nak mewarisi bakat ak ni sebenarnya...keluarga ak berdarah seni, betol ni, sebab kitorang suka subjek seni, ahak!... kakak ak study architecture landscape punya kos, sekarang dia master under uitm scholarship, sumpah ak jeles, tapi tu rezeki dia, rezeki ak maybe lain masa, lain umur, lain segala2...kot..tah.. *sedapkan hati sendiri* ak ni susah nak cemburu tapi eloknye, ak cemburu pada benda logik...adik laki and perempuan sorg pun da masuk Sekolah Seni yang kat JB tu... ak? seni tu ad sikit2 *cewaaa* tapi seni yang makin malap, sebab ak berbakat pada benda lain...BERCAKAP ye tu memang diakui sebagai bakat ak yang sah! hakhak

berkenaan engineering yang semata anak beranak sepupu keluarga angkat belah mertua nenek sedara berkaitan add math ni, seyesly ak anggap macam tengah main game yang kotak pusing2 cari combination tu. selagi tak jumpa penyelesaian rasa tak puas and geram! itu the best part of math engineerg lah... yang xbest punya part pun ada jugak... sb? bila lecturer yang ajar tu ak xpaham pe dia ajar atau dia terlalu hensem untuk kitorang tenung sampai xpaham dari mana datang formula yang tiba2 terpacul dari mulut dia... entahlah, ak pn tak tahu

dari ak kecik2 dulu (area2 umur ak 10-15 tahun) sumpah ak xpernah mintak atau terfikir untuk join bidang engineering ni, sebab ak SANGAT XSUKA MATEMATIK LG2 ADD MATH! ye ak sangat benci subjek tu sebab subjek tu lah yang buat ak sakit kepala main tekan2 kalkulator, lepas tu bila salah tekan sikit je, habis segala usaha dan keringat dua ibu jari dan jari telunjuk aku men tekan2 tu, memang tym tu rasa nak pedajalkan je segala buku latihan math yang ak ada. tapi last2 ak masuk jugak bidang yang ak benci subjek math nih.. aigoo~ hakhak. tu lah, benci2 lagi kan dah dapat pe yang ak xsuka! adakah boifren aku pn macam tu jugak? adakah suami ak nanti dari senarai orang yang ak benci? tapi boy ak tu x pulak ak benci2, sayang woo~ haha... berkenaan encik boy? ak ada benda nak story tapi lain masa pulak, maybe pagi sikit bila matahari dah naik berjoget atas bumbung hostel, ha masa tu mungkin ak da bangun.. mungkinlah.. pastu ak g mandi *kalau ak nak lah, kalau ak xnak, ak lepak2 dlu main cafeworld ke, blogwalking lagi ke... rajin tau ak ni jalan2 g melawat blog orang... berkenaan dengan blog orang plak? ha itu pun nanti ak ad story nak ceritakan. tapi hold dulu lah ye, perut ak da senak sebenarnya ni, baru lepas menapak dari Al Falah, kedai makan kat kk4 dengan ditemani dua orang roomate ak and ak ajak Capike dan Bani temankan kitorang bersahur sebab kafe yang sejengkal dari bilik kitorang kt kk3 tu da xboleh order makanan panas pukul 3.05AM sebabnya? MAKANAN DAH HABIS!

*waddehelikopter.. awal lagi kot bahan nak memasak untuk sahur da habis,
memang curah minyak petrol kat ak r sebab seyes ak rasa hangen sangat2...
xlogik betol da xde bahan untuk memasak!*

kafe yang sebelah lagi tu biasanya tutup 530am tapi hari ni dorang tutup plak, take turn agaknya. so menapak lah kami ke Al Falah kat kk4 tu.





NOTA HIGHWAY INTERNET
aku nak letak linkkat sini so sape2 yang suka nak membaca and kepoh2 kat blog orang boleh melayan blog bro nih, seyesly ak kagum sebab FOLLOWERS dia cecah 7++++ means 7 ribu plus2 r tu, adoyai~ kenapa? kenapa aku suka blog dia?
1. sebab bro tu hensem, ak suka tengok janggut ciput dia *salah niat plak dah ni*
2. blog dia memang seronok untuk dijadikan bahan bacaan
3. isu2 yang dia post memang sesuai untuk bacaan rakyat jelata

jadi marilah melawat beramai2 dan penuhkan trafik kat situ (kenapa aku promote blog org nih??? sungguh tidak aku faham, xkisahlah).. tuan blog tu namanya ZACK ZUKHAIRI... sekian... ak xboleh masukkan link sebab xkeluar bila ak publish post ni, so pandai2 r cari lau nak kn. ok dah, ak nak tiduran pulak, selamat pagi-malam~!



SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA
YANG HANYA TINGGAL BEBERAPA HARI

(bulan mengambang, aku dan ibu pun join sama2 berduet dengan encik BULAN.. oh bulan~)



Aug 23, 2010

PUBLIC SPEAKING IS SPEAKING NOT RAPPING IN CLASS!

td ak ad wujud nawaitu nk hapdet belog nan terchenta ini, tp kejap je pastu ble ak klik2 blogshop n puas menjamu mata tgk baju kebaya org wat g event tmbah2 lagi kebaya untuk dibuat nikah... ak pn berangan... bukn tentg ak y nk menikah, tp akak ak daa~ ak? nikah? jauh angan2 dari burung helang... haha..apakah maksudnyer.. ha jeng3 jela yer, jgn sebok2 nk tahu apakah punca sebab musabab... ok2 ak bgtw jelah, xbes plak men sorok2 nih, sape je nk men teka teki... teka teki?? terigt plak ak sb musabab ak mengamuk smlm..

alamak, mcm2 bercanggah kt kepala ak nih sekaligus, y ne satu ak nk buat entry nih
entry? ha smlm ak ym ngn Annas *sapekah itu* cte sal ak membuat entry...
eh cop2, ni da masuk simpang y keberapa nih?? owh nooooooo~ kang ad last2 ak xjd menaip utk entry penting... *pentingkah*


ah xpelah, len kali je r...kang ad lak ak xsiap progress untuk kelas public speaking ak sok... nape? pe je pasalnyer? ad PRESENTATION esok der~ ak? hehe, berckp bukn satu masalah bg ak, tp ak kena pektis sb...sb? sebab ak berckp sgtlah laju even in bi pn...bukn nk tunjuk hebat tp ak memg lau ckp english laju2... *ini ler pengaruh paling buruk dr tabiat ske dgr lagu rap*... tp ak tetap ske dgr jgk~ lantak r nk laju ke x, y penting esok ak kena present 6 minit.











nota cakap cinta:
ak tgh membayangkan berapa lama masa y ak akan amik untuk berckp esok memandangkan kelajuan ak berbahasa english agk laju ibarat rap dlm kelas *hoho* smpai kena tegur ngn madam rtu "slow down please"..smpai 2x ak kna tegur plak uh! "please slow down mell"... cane nk present esok nih?? cane ak nk fully use 6minutes tu tnpa bazirkn walau seminit pn?? ouch!





Aug 22, 2010

AKU MENCARI CINTA..?? bukn ak



tgh2 ak blogwalking skali jmp ini page daa kt sape pny tah..layan~
*aku ske je soh puisi ayam2 nih..lalalala~*





KAU DAN AKU
kita pernah bersama terlalu erat
susah senang tiada had
jatuh bangunku kau sentiasa dekat

KAU DAN AKU
sentiasa bersama menuju destinasi kita
hanya kita berdua tanpa mereka
tak ku pandang yang selainmu
tak ku acah y kiriku
kerana adanya kau padaku

akan tetapi


KAU DAN AKU
kita gagal pertahankannya
kita gagal pertaruhan yang ada


KAU DAN AKU
tiada lagi kisah suka
tiada lagi intiman yang mesra
kau tidak bersamaku setiap masa
kau kini berpaling kepadanya

kau putuskan penghubung ikatan kita
kau lupa kasih kita demi yang ketiga
aku terpaksa melepaskan dirimu demi dia




KAU pergilah SELIPAR TANDAS oii... masuk dalam tong sampah tu, mengada nk sgt putus kn!!!


ahernya ak merembat siper mck cleaner *kot..xsure* y tersadai tnpa penghuni
kt komplex sukan uni ak..miaahahaha~















NOTA CIK CINTA *eceh*:
sesaper nk curah tabur hambur bakat deklamasi, ak sgt silakan...SYARAT2 N SEGALA MCM IKUT PAK INCIK PENCINTA AD KT BLOG BLIAU... caps lock tu~ haha...(cm tag HIGHLY RECOMMENDED lak an, hehe).ok2 ak nk tdo jap da nih...SELAMAT MENCUBA!!!

eh cop2, lupa lak..ni link contez pak incik tu.. jenguk2 ler..

Aug 18, 2010

jiwang2 pn best jgk...huhuk

ku mengerti perpisahan ini
bukan kerana kau membenci
tapi kasih yang pernah ku beri
tiada lagi bersama

seringkala aku terlihatkan mu
impian nan indah
bersulam bahagia

ku harungi hari demi hari
bersama wajah tak mungkin akan kembali
tapi hati masih tak terima

ditinggalkan sengsara

keraguan ini
bukanlah padamu
perasaan hati masih rindu
kekalutan ini hanyalah untukku
tercari-cari bayangan

tak sanggup aku kehilanganmu

masih tercari-cari...



singer: ANUAR ZAIN


Aug 14, 2010

KAD RAYA SAYA!!!



bila teknologi diaplikasi, kad raya dipandang sepi... rindunyer nk dpt kad raya mcm skolah2 dlu,
berebut mintak alamat kengkawan sebelum cuti...
berkejar2 nk ke pejabat pos semata2 nk kawan dpt kad tu
walaupn saiz cm A4 bahagi 6
*kad raya awk masih saya simpan walaupun awk dah xde.
seposen y awk lekatkn pun sy xpnh tanggalkan
sb sy sorg je ad seposen awk tu... ;'(




ni posting dr my fb...yup, cte sebenar...y mana?
dedua pn...yang tentg teknologi, yang tentang kad raya dlm simpanan, dedua pn bukn citer rekaan
tahun lepas, ad dpt kad raya dr rumet, tu pn handmade, xkisah ler sb masih ad jgk org praktikkan bg kad raya pada kwn2. sb bila teknologi semakin canggih, handfon da ley mms, videocall, 3g n bla3 y swaktu dengannyer, kad raya kurg mendapat sambutan. kreativiti menghasilkan kad raya pn makin kurg menarik, jd org xske nk beli. lgpn ad org2 TEKNOLOGI berkata, kad2 ni kalau simpan nt buang jgk, buat tmbah sampah je, bek bg msj, da habis, nt2 delete, kurgkan sikit pencemaran...hurm~ manusia memang semakin maju

tapi ak? ye ak masih simpan kad2 raya y diberi oleh sesiapa pn kpd ak. lebih2 lagi kad raya dr si dia. kad warna pink, ad tali yang boleh digantung, ad hiasan kayu bingkai atas dan bawah, gambar rumah dan keluarga bersalaman, di bawahnyer ad nota kecil untuk ak, dan duit sepuluh sen yang dilekat dgn pita pelekat, ak masih simpan. kad tahun lepas warna kuning gold tu pn masih ad, masih kemas dalam kotak merah tempat ak letakkan semua kad2 raya yang kwn2 n kenalan bg. tapi setiap kali terlihat kad raya warna pink tu, ak teringat pada dia... 



teringat jugak pada sepuluh sen y dia bagi dgn nota bwh pita pelekat tu..
"untuk budak kecik, beli gula je, jgn beli mercun"
daus~ owg xbeli apa2 pn dgn syiling cenonit awk tu
sb syg sgt3 nk guna, nt xde kenangan y awk bg sy


teringat handfon ibu berbunyi suatu malam, ad org pmpn call nk ckp dgn ak, ak mana r kenal sape org tu? jwb jelah..."ni mellisa kan, kejap ye daus nk ckp"...ak???  terkejut y teramat! tp hati dah tentu berbunga2, org y kte suke tetiba call, sape xsyiok!!! haha...maka terjd ler perbualan antara ktrg, mcm da lama kenal plak borak lama2. xtahu apa dia umpan kakak dia soh tolong call fon ibu mlm tu. tp ak? HAPPY!  ye ak sgt3 gumbira~ hahahaha! esok lusa dan minggu seterusnyer, bila dia kelapangan dia akn call ak, menyamar sebagai Batman, Kluangman, XMen, mcm2 lg...dan semua tu di tepon kt umah je, xmen dh tepon2 ibu. dan ble ibu y jwb call tu, ibu tahu sape hero2 tu, dia r sape lg. abah xske ak gayut lama2,haha, pe r abah ni, xsportim tol.tp tu dulu..kot..tah

sbenarnyer ktrg sama skolah. nk jmp tetiap hari pn boleh, tp ak xde r kemaruk smpai cmtu. dia komander tym ak dlm pasukan kawat skolah. dia kawan kelas kakak ak, si Mena tu. dia pemidato skolah y terkenal. sebut je nama dia, semua org thu siapa. seyes! dia sgt femes kt skolah dlu. sb dia pandai berpidato, tp bukn r terlalu skematik, dia berpidato org terhibur sgt sb dia kelakar. tp dia byk johan pidato, pelik kn....rezeki n bakat org. kt skolah dlu, kwn2 y tahu ak kwn dgn dia, ske usik2 ak ble lalu sebelah dia, ble perlu g kelas kakak ak nk pgil sape2... kdg2 xde pe pn sje g sb nk tgk dia kt kelas. ak pengawas kt skolah dlu,  ketua pengawas. so skati je ak nk pusing sana sini jmp sape2, nek turun sume blok, xde sape nk marah. tp ak g ngn kwn r kn, xde keje g sendri. malu kot ak. hehe. ak x giler kuasa, tp ak sje nk tunjuk kuasa ciput y ak ad tu..hoho 

skg dia dah xde,  ak tahu pn sb kwn ak ainz y msj kata dia da xde. memula ak terkejut sgt. ak dlm kuliah math kat mtrix jhor tym tu. then ak tny daus kecik ke daus besar? dia kata daus..... ak da xley nk fokus lgsung kt pe y lect tu ajar. air mata bukn laju lg tp da mencurah2. ak sedih tahap dewa airmata~ huhu. berita pemergian dia paling ak xley tahan, tragis. awal pagi dia kemalangan. macam mana? apa berlaku? xpelah, biar ak n kami2 je tahu... korg y baca bukn kenal pn, hehe. kawan sbelah ak tym tu Kak Beba, dia tgk ak, "are u ok?" tgn ak raba2 beg cari tisu sb muka ak da basah kot tym tu, soksek2 memg da dgr. lepas habs je kelas math tu, ak xtgk org, xtgu kwn2 terus blah ikut pintu blakang.  g toilet, nanges dlm tu dulu, haha. kol ibu ckp ak nk balek, ibu kata "xpayahlah, nt cha nk kna tgu bas lg, kelas esok2 ad lg, ibu ngn mena pn xg sb xtahu rumah dia ktne"... so ak lepaskn mcm tu je. ak balik bilik n baring hadap tingkap, seb bek katil ak sebelah dinding, nanges pn org xpasan. ak ponteng kelas kimia ptg tu. sb? ak sedih kot~ xkn nk g kelas, ngn mata merah cm nk bengkak, ngn soksek2 lg.hahaha....so ak msj kwn ckp ak xsihat, ye emosi sgt xsihat tym tu. ptg ak turun g public fon, igtkn dak2 xhabis lg kelas, ak pn kol ibu. sedih pny sedih smpai org lalu tgk2 ak ni da nape. ah! ak xdulik! ak nk nanges jgk!!!!  lantak korg r nk ckp pe pn. haha.

tapi itu ler satu2nyer kenangan kad raya y ak sgt igt sb dia r lelaki pertama y ak sgt syg selain ahli keluarga ak... sape dia? komander, pemidato, pelawak, dan lelaki ak y ak pernh sgt syg tu dah xwujud lg kat muka bumi nih, dia da pergi sambut seruan Ilahi lebih awal... namanyer FIRDAUS DURANI... alfatihah




note: bila CK syg seseorang, org tu akn tetap CK syg smpai bila2... ad org kata CK ni emosional, lantak p korg r nk ckp pe, emosi ak, skati ak r... hahahaha~


Aug 8, 2010

semalam membeli mp4... kat carrefour sb ad sale Onion Emoticons memg ske~
PINK GHETCHUW~ Crazy Rabbit Iconshuhuhu...

tapi...!!!
membeli mendalah tu memg byk bersabar
kenapakah???


promoter tu KALUT gler Monkey Emoticons... tah mende y gelabah cm ayam
*ayam lg kena*


en KALUT: aih, xboleh mcm nih..  ramai sangat satu masa sy xboleh
*wak dia... apakah~ seyes rasa nk sepak nk ... pastu ... org kalut mcm2 nih, bukn semcm tp mcm2...
aaaaaaaaaaaarrrrrggggggghhhhh!!!!!!!!!!!
ak xley nk hidup dlm keadaan org gelabah huru hara nih..SEMAKS!!!*



keadaan tmbh menyampah dgn wujudnyer sorg
MAKCIK Y GLER BERLAGAK CM DEWA
meluat tol ak, rasa nk  je dia ngn ank dia
dok tayang2 kad kredit beliau
xmalu siot nk brg y ak da pilih
y en kalut tu plak, memg bongox
xpnh2 ak jmp org segelabah+kalut+huru hara cm nk harem
rasa cm nk maki pn ad jgk
seyes ak benci org kalut, huru hara semcm xtentu pasal



CK : 'ek eley mck tua nih, nk tyg2 kipas dia nyer kad kredit plak, ak nk byr cash dow'..
*dlm hati jela ak bebel kt pmpn tua tu, nyampahnyer!!!! *


mck tersebut memg saje bikin org panas
dia ngn ank pmpn dia

pe2 hal pn, ak dpt pe ak nk lepas si Bedah *arigato* sound mck tersebut
sb en kalut tu torek xdgr ktrg ckp
pdhal ak da amik brg tu
dia dok dgr pe MCK BERLAGAK CM SIOT tu bebel2 salah beli *duh*
dia usung g mana tah
bg kunci almari kaca kt org len
buat customer tertgu2 dia smpai ak xsempat nk masuk FIRST LADY!!!!!




Aug 4, 2010

dodol nipah


rini keje lab berjaya ak siapkn n hantar pd alan... hohohoh!!! ak rasa senang hati..yeyey~
tapi y jd xbpe nk bes tu...mkin byk plak keje ak bertmbh
lepas satu..


satu.. 


pastu satu lg.. 



dan satu lagi.. 



#############

#############

#############

#############

#############


lagi..





seterusnyer satu lg

*aaaaaaaaaaaa xsgupnyer nk tgk sume nombor2 nih*


menjadikn kesemuanyer byk satu y masih SATU-PERSATU
*pebenda ak merepek nih*

*********************************************************

oh ha! semalam ak dpt dah dodol daun nipah tu (???)
selepas beberapa hari tertangguh jadual penghantaran beliau..


en. abe: jakun btol xpnh tgk ke dodol mcm tu?
cik ak: xpnh, memg dlm nih ke..npe letak dlm nih?
owh cmnih rupa dodol tu.. 
(bukak daun nipah tu...cm pulut panggang pun ye jgk)


*seyes ak rsa pelik sb memula dpt beg tu rasa ringan je..dlm kepala ak
'bukn ke dodol salunyer berat?'


pas passing2 kt my rumet..dodol tu...MANISNYER!!! 
tp lau biarkn xmkn nt xpasal2 plak ad penghuni len y tolong mamamkn
*bukn mck P ok, tp sedara sedari semut*





Aug 2, 2010

tentang sebuah (???) PERUT

sebuah perut? apakah?? xkesah r
y penting skg nih
ak lapa!




*******************************************

dan masih lapa

MSN Onion Icons

********************************************

masih juga ak lapa

MSN Onion Icons

*********************************************

ak semakin lapa

MSN Onion Emoticon


*********************************************

lapa aku masih berterusan

Onion Emoticon

**********************************************

cne ak nk jd x lapa tnp kua mkn

Onion Emoticons

**********************************************

ak sguh xske tbe2 lapa malam2 cmnih

MSN Onion Icons


*********************************************

xpelah...ak harus bersabar demi lapa ini

Onion Icons




nota dodoi : dodol xdpt jgk mlm nih...ak da agk, si tua ak tu ad je halangan! dr ptg bw ke mlm smpai hujan UMP ni last2 tah ble ak dpt ganyang dodol dia tu...mencinyer~~~~

Aug 1, 2010

ROTI CANAI DAN CHICKENCHOP



lapo...tgahari mkn megi..ugh, xbes tol lunch rini.
ak berduet ngn bedah lak tu!
cafe kt blakang tu je pn, tp sb bgun pn lmbt,
maka mals nk mandi awal2...
ak mandi kul 11.45am pastu membasuh
dengan agk bersungguh2 smpai kul 12.15tghri...
maka cafe y beberapa tapak dr bilik pn ak malas nk gerak...ngee~


jd ptg ni telah merancang dgn bersungguh jgk
utk mkn roti canai... iaitu pd kul 6!

..............................

........................

.....................

...................

................

..............

............

........

....


tp jijah tdo






MSN Onion Icons pulak~


pastu kul 5++ dpt msj dr tok abe,

"nk dodol x?"... Monkey Icons
ha?? ak pn tny, "y durian tu ke?" *xmkn y tu~*



padahal dlm hati...'dodol??? MSN Onion Icons .....nyum3' Monkey Icons



maka beliau meng-reply.."xla...biasa nye...dodol daun nipah"
skali lg sengal ak dtg dgn tny soklan... "ok, nk anta ke?"
*apakah soklan itu~~~*

dgn pntas tok abe jwb "da 2, nk mai amik sni? tny plak.."



dia kena rajin hantar apa2 kt sy, sb dia dok kk4
padan muke sape soh jauh2

Onion IconsOnion IconsOnion Icons

*tut-tu-ru-tut-tu-ru*
jd ak pn bersiap sb dia kata 6.30 nt nk anta
ak ngn bedah n jijah menunaikan niat mkn roti canai
sambil2 tgu abe tu smpai

titutut....
*ni bunyi fon, tp xsama pn..*

MESEJ!!!


"mlm nt la...i bru balek"
................
................
...............
...............
...............
...............


*ni y nk geram nih*
MSN Onion Emoticon Set

tipu je...xpnh lg mengamuk gle2 kat cik abe
lau ad pn, dia lg garang..heh!
*dia garang, btol ni xtipu*

maka ak bedah n jijah dok melantak roti canai sardin kt kafe
pck y masak tu..alahai~ the cute the miut
bak kata bedah, cm Pak Uda dlm PMPMTT

ak da Onion Icon mkn roti tu
sb memg xley mkn byk2 sekaligus
maka balek ke bilik nk solat maghrib
si bedah ngn jijah masih lapo
dorg oder plak cikencop

???
mentang2 bilik groundfloor sbelah je ngn cafe
korg mengkontang kantingkang kesempatan
itulah y kte sebilik mahukan! hoho


da r air buah xhabis lg, half glass!...bedah kata 6 pack

*owh tolong jgn igtkn ak tentg kisah 6 pack rekaan ak mlm td*
Monkey Icons Yoyo

maka ktrg balek bilik dlu
air buah y masih half tu *gler besar gelas*
ak soh letak kat kedai KAWAN
jijah gelak ak soh letak sana... huhu
ak minum NESLO je

pas solat maghrib, bedah bersiap
nk g smbung mkn cikencop plak..ak??
dok dgr lagu cm bese kt bilik...besnyer~

*agh! keje lab xsiap ag...report!!!*
MSN Onion EmoticonsMSN Onion EmoticonsMSN Onion Emoticons


mlm nih lau tok abe lmbt, ak nk Monkey Icon pastu Onion Icons dia!

gelakkan ak sb rajin sgt tgu dia awal2... ces tol bf ak nih

lau dtg awal kna gelak~
lau lmbt kna bebel plak~


SELAMAT MORNING


berjaya jugak bukak mata sebelum matahari tegak ats bumbung blok C6 nih...dlu en CK salu sebut2 C6 tym ak kat C5,
ha mik awk, sy kat C6 dh skg, nk sgt! MSN Onion Emoticons

bangun2 tgk jam kat tgn dlu
10.30pagi
ugh, mata masih rasa nk tutup kedai..ok2, kte tdo sket je lg
*tdo lama2 nt pening*

terbangun lg....
TER tw...bukn nk pn
Crazy Rabbit Icons


11.30am..ahax!
sekejap y smpai satu jam ak smbung nap
xpe2...AHAD~ Monkey Winks Yoyo



siku lutut: nk smbung tdo? owh tak~ nk buat teh susu? hee~ bru pas membasuh jug bedah n my mug..jd langkah seterusnye? tin susu kat sebelah ni da pndg angkat2 penutup beliau
Crazy Rabbit Emoticons onyonyonyo~ ok2~ jom buat air!!!
bedah kuar pg td dan bertny pada ku..
"ad pe2 nk pesan x?"
dgn kelajuan y xdiketahui ak menjawab TAKDE~!!!
tp bedah sebut perkataan keramat..


SUSU? maka jwb nyer~~~~ Monkey Emoticon
hahaha~ telah kalah kepada susu pekat GOLD COIN
ajim plak dgn rajin bertny jika ad pe2 nk kirim
sbb dia nk kua, so ak kirim susu tin tu jgk
tp dia xjmp!
seb bek bedah belikan..arigato!


maka esok adalah hari TEH SUSU sebilik~
ANIS: mell, ak nk rasa jgk teh susu ko buat, rtu xdpt rasa pn...
*ngee~rtu ak minum sorg2*
Monkey Winks sonok minum teh buat sendri~


sape2 nk merasa teh susu yang ak buat, ley refer RESEPI
ak da bg kt posting lepas2, crik r sendri..hehe
ok dh2
cukup r mlm nih *da pg pn*
ak da pening kepala hadap lappy nih
masa tdo has come... marila jemaah bersama ak
(selamat bermalaman y pagi)


Monkey Icons *jgn kejutkn ak pg esok, ak masih ngantok*


ENCIK BEBAWANG

rumet bru balek.seyesly dgn ramalan sendrik bhwasanyer dorg g tgk muvi midnite.sb?
td jijah msj after kuar 10 minit (ye2 jek timing tu)...mest tepat punyer Onion Icons

"mel, tlg tgk masa utk wayg gsc..
eclipse utk pkl 12.25 midnight, wayg kat ec ke mega?"
sumpah itu r msj y masuk dlm inbox *ni pn type tgh tgk fon,huhu*..ngn sape
itu skandal baek punyer, xley dedahkn maklumat makhluk driver tersebut
P&C...cewah!
sedikit note: EC n MEGA adalah tmpat berlepakan mahasiswa UMP slen TC
TC: port en CK mencuci mata *ces!*

skg kul bpe?
jam lappy *npe ak xtdo ag nih? musykil*
-->> 3.54am

tu kt lappy, jam fon ak nokia 3110c lak?
*tawu2, fon burok, tp fon syg ak*
-->>4.00am

jam tgn nih?
*ak masih kai jam evn tdo, besnyer seorg ak*
-->>4.01am


pe y ak buat xtdo2 nih
sah2 esok tgahari buta bru nmpk dunia
pn xdunia sgt
sb bgun2 mest bilik gelap
sbb?Onion Emoticons


tingkap sik kna tutup, dok groundfloor
xley dedah2..sopan sket ank dara dlm nih
satu bab je xsopan sgt


iaitu tym ktrg Onion Icon
memg kafe belakang bley tgkap r suara sape
hohohohoh!!!



senanyer mata da mula nk ngantok, sje nk jgk buat posting mlm2 nih sb da jmp emote BWG nih~ ahax!
ok2 ye2, nk tdo ler nih Onion Emoticons