Jun 16, 2011

dan keseorangan kembali


dan akhirnya dia pergi juga....

hari ni bukan hari pertama, tapi da masuk hari keempat kami berpisah. sedih ok.
aku seriyusss sangat sedih bila benda ni terjadi.
bukan nak kata tak ada jodoh, tapi entahlah, bukan rezeki mungkin?

tak nak! aku nak jugak kat dia!
tak kira macam mana cara pun!
santau? pukau? owh benda-benda khurafat tu~
lagipun dia ni kebal, takkan bolehnya ayat-ayat ni efek kat dia, ayam betul!

saya sabar je tunggu awak nak balik kat saya, bila agaknya awak nak balik semula?

u....u x kesian ke kat i?
sampai hati u buat macam ni kat i?
malam hari tu kita ok je mesej-mesej, tiba-tiba u pergi tanpa cakap apa-apa?
kenapa buat i macam ni??? kejam!

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

takpelah, nanti i hantar u pergi kedai kita repair apa-apa yang rosak ok? ribbon ke, lcd ke, i xkisah. yang penting kita akan kembali bersama sepertimana i beli u april tahun lepas ok Sony Ericsson ku sayang~ biarlah duit dibayar ke uncle cina tu, i rela dari guna handphone orang lain. i perlukan u untuk snap gambar bakteria yang i buat, dengar lagu malam2 time i bosan. u akan balik kepada i, i jamin! haha

ini sepupu dia~ w595 white. ouh syg sguh kat fon ini


p/s~ Assalamualaikun wbt....da habis entry bru nk bg salam, ish2

Jun 15, 2011

aku cuak? no way!

Assalamualaikum wbt

peh, spesel ayam betul encik tu, sampaikan aku tergamak nak buat satu entry kerana dia. sebab aku tengah geram kat encik sorang ni, aish! sungguh geram sampai aku rasa nak gigit-gigit je tangan ngan kepala dia. bukan hal yang besar mana sangat pun, tapi dia sangat buat aku  tak selesa nak buat kerja kat lab microb tu. agh lagi!

aku tanya elok-elok macam nak tumpang lalu depan mak mertua, dia boleh nak tak nak je jawab. dah lah suara tu alahai halusnyer semut dengan kerengga pun boleh dengar, nak je aku pijak-pijak semut yang mengaku dengar butir percakapan dia tu. dimanakah encik no.2 dikala pempuan tak tahu menahu ni memerlukan bantuan encik??? dan cik sv ku??? eceh kiranyer encik yang menyampahkan tu encik no.1 lah ye? khelas top gitu. oho.

2 semalam aku kata ada Scott bottle retak dalam lab, tu pun aku tak rasa dia tangkap pe maksud aku cakap, sampaikan aku kena repeat 3 kali kowt nak inform dia tentang botol yang dah retak tu. sekali tu dia suruh aku pergi tengok kat lab hujung....aku pun...??? ikut suka encik lah ye, saya dah labelkan botol tu retak kat tepi sinki, kalau encik tak nampak jugak, biarkan jelah botol tu bersendirian kat situ ye encik. jangan usik-usik. ok saya perli encik. sorry.

3 hari ni, dengan nawaitu berbunga-bunga nak buat kerja kat lab tu, sekali cik supervisor pulak pergi site visit (bawak ler saya, saya nak menyibuk jugak~). makanyer aku turun ke lab tu sorang-sorang nak tanya pada encik tu. TERPAKSA tanya sebab hanya encik tu je avail kat level lab microb. 1st time tanya ok lah aku da bengang dengan encik tu maybe dia morning-sickness-lah-sangat, kali kedua nak tanya, aku fikir banyak kali nak tanya ke tidak, padahal da beberapa minit berlalu dengan tangan aku tengah pegang tombol pintu bilik dia.


aku? berdiri depan bilik encik? pegang tombol pintu? tunggu sampai 2 3 kali pk?
cuak ayam, sangat tak hensem ok! apa-apa pun, terima kasih kepada encik kerana membuatkan saya cuak even nak tanya je pun tentang chemical, tapi cuak saya ni sampai saya nak bukak pintu bilik encik pun saya kena fikir banyak kali tau! saya bukan jenis penakut tapi saya cuak je, ala sikit je cuak tu. *konon-konon*

maka disebabkan ke-sangat-tidak-selesa-an itu, aku terus blah dari lab dan malas nak masuk sana lagi hari ini. itu pun tengoklah kalau mood aku dah ok semula dan cuak aku dah pergi men guli jauh-jauh. ouh benci



p/s~ cik sv, pulanglah segera yeeeeee?~ benci r encik no. 1!!!