Aug 27, 2010

JALAN-JALAN BLOG



apa benda yang aku post untuk tajuk aku tu? kenapa ayat aku 'in full word'? ok2, sebenarnya macam nih... tak ada apa2 hal sgt pn, ha kan ad shortcut jugak tu. aku baru lepas balik dari blogwalking, eceh macam g shopping pulak~ maka selepas aku berjalan2 tu, ak sempat singgah ke satu blog brother nih, bro nih study jepun rasanya kt Inst. of Technology *salute*.. kenapa perlu salute? ikut suka hati aku ler kan, dah ni pun blog aku... ok2 sorry kasar plak kan. sebab apa aku salute dia adalah kerana akhirnya aku jumpa jugak satu blog dari org luar... eh kenapa cam pelik je ayat tu? bukan2..sumpah tu bukan pe yang aku nak maksudkan sebenarnya, sumpah bukan!!!

bro tu study kat sana and dulu2 tym aku masih seorang budak2 yang baik *sekarang pun ak masih baik, cuma nakal je..ke?* ak suka selak page dalam berita harian tengok2 ruangan salam perantauan, dan nama institut2 dan universiti luarnegara ni cukup2 buat ak kagum! lagi2 bro-sis yang study engineering kat luar negara. dalam kepala aku yang sebagai budak biologi dikala tu memikirkan, "macam mana diorg nih boleh belajar engineering? kan susah kos tu"... ye memang susah pada ak masa tu, dan bukan pada masa tu sahaja. masa sekarang ni pun jugak! sebab?

AK DAH PUN MENJADI SALAH SATU DARI MANUSIA YANG BELAJAR KEJURUTERAAN a.k.a ENGINEERING tu... walaupun selalunya ak sgt2 MSN Onion Emoticon Set tapi ak bersyukur dapat kos y sgt kritikal ni Onion Icons hingga ada masanya sebelum ni ak minta tukar ke universiti lain sebab ak memg xde nawaitu nak stay bidang ni... siap bgtahu pada adik beradik ak yang dorang janganlah masuk bidang engineering ni kalau tak suka math *macam ak ni*... tapi satu je ak sedar lepas ak join engineering ni, MATH IS FUN AND IT'S A GAME! tapi adik beradik ak yang belum jejak kaki ke menara gading memang dorang pun xde nawaitu nak mewarisi bakat ak ni sebenarnya...keluarga ak berdarah seni, betol ni, sebab kitorang suka subjek seni, ahak!... kakak ak study architecture landscape punya kos, sekarang dia master under uitm scholarship, sumpah ak jeles, tapi tu rezeki dia, rezeki ak maybe lain masa, lain umur, lain segala2...kot..tah.. *sedapkan hati sendiri* ak ni susah nak cemburu tapi eloknye, ak cemburu pada benda logik...adik laki and perempuan sorg pun da masuk Sekolah Seni yang kat JB tu... ak? seni tu ad sikit2 *cewaaa* tapi seni yang makin malap, sebab ak berbakat pada benda lain...BERCAKAP ye tu memang diakui sebagai bakat ak yang sah! hakhak

berkenaan engineering yang semata anak beranak sepupu keluarga angkat belah mertua nenek sedara berkaitan add math ni, seyesly ak anggap macam tengah main game yang kotak pusing2 cari combination tu. selagi tak jumpa penyelesaian rasa tak puas and geram! itu the best part of math engineerg lah... yang xbest punya part pun ada jugak... sb? bila lecturer yang ajar tu ak xpaham pe dia ajar atau dia terlalu hensem untuk kitorang tenung sampai xpaham dari mana datang formula yang tiba2 terpacul dari mulut dia... entahlah, ak pn tak tahu

dari ak kecik2 dulu (area2 umur ak 10-15 tahun) sumpah ak xpernah mintak atau terfikir untuk join bidang engineering ni, sebab ak SANGAT XSUKA MATEMATIK LG2 ADD MATH! ye ak sangat benci subjek tu sebab subjek tu lah yang buat ak sakit kepala main tekan2 kalkulator, lepas tu bila salah tekan sikit je, habis segala usaha dan keringat dua ibu jari dan jari telunjuk aku men tekan2 tu, memang tym tu rasa nak pedajalkan je segala buku latihan math yang ak ada. tapi last2 ak masuk jugak bidang yang ak benci subjek math nih.. aigoo~ hakhak. tu lah, benci2 lagi kan dah dapat pe yang ak xsuka! adakah boifren aku pn macam tu jugak? adakah suami ak nanti dari senarai orang yang ak benci? tapi boy ak tu x pulak ak benci2, sayang woo~ haha... berkenaan encik boy? ak ada benda nak story tapi lain masa pulak, maybe pagi sikit bila matahari dah naik berjoget atas bumbung hostel, ha masa tu mungkin ak da bangun.. mungkinlah.. pastu ak g mandi *kalau ak nak lah, kalau ak xnak, ak lepak2 dlu main cafeworld ke, blogwalking lagi ke... rajin tau ak ni jalan2 g melawat blog orang... berkenaan dengan blog orang plak? ha itu pun nanti ak ad story nak ceritakan. tapi hold dulu lah ye, perut ak da senak sebenarnya ni, baru lepas menapak dari Al Falah, kedai makan kat kk4 dengan ditemani dua orang roomate ak and ak ajak Capike dan Bani temankan kitorang bersahur sebab kafe yang sejengkal dari bilik kitorang kt kk3 tu da xboleh order makanan panas pukul 3.05AM sebabnya? MAKANAN DAH HABIS!

*waddehelikopter.. awal lagi kot bahan nak memasak untuk sahur da habis,
memang curah minyak petrol kat ak r sebab seyes ak rasa hangen sangat2...
xlogik betol da xde bahan untuk memasak!*

kafe yang sebelah lagi tu biasanya tutup 530am tapi hari ni dorang tutup plak, take turn agaknya. so menapak lah kami ke Al Falah kat kk4 tu.





NOTA HIGHWAY INTERNET
aku nak letak linkkat sini so sape2 yang suka nak membaca and kepoh2 kat blog orang boleh melayan blog bro nih, seyesly ak kagum sebab FOLLOWERS dia cecah 7++++ means 7 ribu plus2 r tu, adoyai~ kenapa? kenapa aku suka blog dia?
1. sebab bro tu hensem, ak suka tengok janggut ciput dia *salah niat plak dah ni*
2. blog dia memang seronok untuk dijadikan bahan bacaan
3. isu2 yang dia post memang sesuai untuk bacaan rakyat jelata

jadi marilah melawat beramai2 dan penuhkan trafik kat situ (kenapa aku promote blog org nih??? sungguh tidak aku faham, xkisahlah).. tuan blog tu namanya ZACK ZUKHAIRI... sekian... ak xboleh masukkan link sebab xkeluar bila ak publish post ni, so pandai2 r cari lau nak kn. ok dah, ak nak tiduran pulak, selamat pagi-malam~!



SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA
YANG HANYA TINGGAL BEBERAPA HARI

(bulan mengambang, aku dan ibu pun join sama2 berduet dengan encik BULAN.. oh bulan~)



4 comments:

  1. haha.ak syg ko lebih sikit r utk entry kali nih sebab dengan adanyer komen ko nih bermkna ko baca sampai habis..kn2..hehe

    ReplyDelete
  2. cnfident giler ak bce smpai abeh...
    mne tau ntah2 ak bce tajuk entry ko je...

    ReplyDelete
  3. hahaha. ak xdulik~ ko nk scroll smpai bawah mest r kena baca jugak, plg koman pn mst sentuh 'p/s' tu sket..agh xdulik!

    ReplyDelete