Aug 28, 2010

Muzik dan Aku


entry kali ni dengan tahap kerajinan yang agak tinggi aku nak menulis tentang sesuatu yang berkaitan muzik. korang pun mesti ada muzik2 tertentu yang korang suka nak layan kan? mesti punyer..ak berani buang buku math tahun 1 adik ak kalau korang kata korang xde dengar muzik2 nih..giler tipu!

ok berbalik kepada muzik dan ak (tajuk entry tu kan), ak ni suka dengar muzik bukan sekadar hobi di masa lapang. sebab ada orang tanya kat bebudak sekolah dulu2, "hobi awak apa?" kan? kan? mesti punyer, pastu da tanya hobi, siap tanya suka makan apa, tengok citer apa kat tv, da macam stalker pun ada jugak, segala details nak tahu, menyebok jugak bebudak dulu rupanya, pastu siap passing2 biodata, macam adik ak yang paling kecik tu nama Linda, siap ad buku khas semata2 nak simpan biodata kengkawan. xpaham ak. dulu ada juga ak buat keje xberpekdah tu (ikut trend) padahal bila pk2 balik watpe jelah ak simpan segala macam maklumat dorang. satu hari nanti dorang berubah jugak kan.kan.mesti!

1. hobi kengkawan: ada ke masa yang ak nak join hobi dorang tu? sama ke hobi dorang ngn hobi ak?... xsama!
2. makanan kegemaran kengkawan: ni ak xpaham, kalau ak bagitahu kat orang pun, ada ke peratusan untuk korang sediakan atau belunje ak makanan yang ak suka atau makanan yang ak harap ak suka... (???)
3. alamat rumah kengkawan: benda ni agak logik sikit sebab akhir2 tahun nak raya senang nak hantar kad raya ye tak? ak paling suka nak pos kad2 raya ni suatu masa dulu2. siap usung adik ak maria masuk The Store semata2 nak usha kad2 raya y cun2 kat dalam TS tu.
4. kawan baik/rapat: ni lagi ak xpaham.. agh!!! umur 9 10 tahun tapi bila isi biodata ad kategori nih. camane korang beza2 kan kawan baik, kawan rapat ngan kawan yang sewaktu dengannya? seyesly ak xpaham bebudak dulu. ruangan 'kawan..' tu lah yang paling ak trouble nak isi bila orang mintak biodata ak dulu2. sebab bagi ak kawan sume sama je.. tah.

dah lari pulak tajuk etry dengan isi entry..lagi!


***************************************

ok2 ak cerita semula tentag muzik. kenapa ak nak cerita tentang muzik tetiba? sebab ak tengah mendengar muzik sekarang nih. kadang2 tu dari celik bijik mata ni, ak da on laptop ak pasang WMP semata2 nak layan lagu. tah hape2 tebiat ak yang satu nih memang xkan dapat dilupus. agak2 nant kalau ak da kawen, pagi2 bangun g kat laptop, cocok earfon, pasang lagu kuat2... pastu laki ak bangun mesti bagi ceramah pagi pasal sarapan xbuat, air mandi xsedia, baju xiron, katil xkemas, dan segala macam bla3..agaknyerlaa.. mana ak nak tahu kan, ak masih single tak kahwin lagi ok. fullstop

berkaitan muzik semula *bila nak cerita tah* ak suka dengar muzik rap, contohnyer dulu2, masa ak memuda remanja, ak suka dengar lagu Westlife, memang ak bernadi west sangatlah kononnya time tu, tambah2 lagi kakak ak join sekepala dengan lagu N'Sync beliau. asal kuar je lagu baru kat tv tu, berpusu ak dengan akak ak g satu kedai cd ni nak beli cd lagu westlife ngan n'sync. padahal lagu yang ditambah seketul dua je, yang lain2 sume ak dah dengar, ada cd lagu2 tu kat ak. tapi hanya kerana ad tambahan 1 2 lagu tu, terbang rm5 ak semata2 nak dengar lagu tetiap hari. nak kata bodoh tu xdelah kan, *giler ke kata ak bodoh* tapi sikit2 bangang tu ada r jugak. bila pk balik, mahu beratus ak habiskan semata2 nak dengar lagu seketul dua tu dan kayalah tokey cina kedai tu sebab setiap minggu ak usyar kedai dia cari cd. xdapat cd lagu, ak bedal beli cd cerita plak. paling mahal ak mampu time tu beli cd harga rm8. tu pun cd lagu mp3. betapalah bodoh IT lagi time tu, ditambah pulak Mr abah ak xbagi kitorang guna pc kotak dia so xdapatlah kitorang mendonlod lagu2 kat tenet. nak tunggu pakai tenet kat sekolah nanti kantoi donlod lagu pulak. sudahnyer sampai ak sekolah menengah ak ulang alik BCB beli cd kat tokey cina tu, dia memang layak senyum lebar2 sebab ak berjaya kayakan dia dengan rm5 hampir setiap minggu wa cakap lu.

pastu nak dijadikan citer tentang muzik nih, ak mula berjinak dengar lagu yang english punk2 hiphop ler konon2 time tu. ye2 mesti korang tahu, LINKIN PARK. ni band paling ak suke! setiap kali ak dengar ak akan melopong sebab ak xpaham apa yang Mike Shinoda (yang kiut, hensem janggut, chubby) tu bebelkan sebab dia rapper dalam group tu. so dengan niat yang sangatlah mendalam, bermula dari dengar lagu2 LP tulah ak mendevelop skill bercakap laju2 dalam bi dan menjadi habit ak kalau nak dengar lagu, ak suka lagu yang rancak dan penyanyi tu pulak mesti kena nyanyi lagu tu laju2 a.k.a rapping.

sekarang ni melambak lagu yang berhamburan albumnya kat muka bumi sampaikan kadang2 tu ak xpaham, "macam mana lagu macam ni boleh jadi album?" sungguh ak xpaham! tambah2 pulak Mr abah kalau bawa dia dok depan tv time2 juara lagu ke, tengok muzik2 dengan Ms ibu, mesti mulut dia xreti diam, ada je benda nak komen, pasal suara lah, pasal pakaian lah, macam2 lah. ak rasa kalau Mr abah ak ni jadi juri AF, memang xde sape2 yang menang, hakhak. pemutusnya Mr abah kena bebel bertubi2 dengan ak, Ms ibu, kakak ak serta adik2 ak yang perempuan. "abah, dok diam2 lah tengok tv, jangan bising2, nak bising, g dok belakang men komputer." agak maju Mr abah ni sebab dia men komputer dikala umur beliau sekarang 60+. setakat nak edit gambar photoshop tu small the pieces je Mr abah kata. alangkan ak pun terkebil2 nak klik2 edit gambar sendiri, seyes ni ak buta edit2. jangan tanya mana adik laki, dah tentu2 dorang men game kat komputer len, sorang hilang lepak ngan member di petang2 hari...sorang lagi tu je ad kemungkinan berlepak2 sama ngan kitorang depan tv. nanti ak buat entry tentang adik beradik ak plak, kalau ak rasa nak buatlah kan.


******************************************

mood ak sekarang ni suka dengar lagu english (menten dari dulu sampai sekarang memang ak suka dengar lagu english lau nak compare to lagu melayu. tapi suka dengar lagu2 negeri cam lagu2 berunsur zapin ke, dikir ke, agak berjiwa patriotik ak ni sebenarnya)... pastu selain lagu english, ada pulak dalam playlist ak nih lagu korea. memang banyak ak xpaham kejadah pe dorang sebut, tapi muzik dia ak layankan je sebab xpaham tulah ak dengar. sikit2 tu adalah jugak word dia ak tahu sebab kalau ak langsung xtahu pe dia sebut walau sepatah, apa guna tayangan drama n muvi korea kat tv tu ye tak? ak ni praktikal, tengok cerita, ak gunakan untuk belajar bahasa, bukan setakat amik feel nanges2 tengok citer jiwang2 je. sekarang ni pun ak tgah dengar 3 je lagu kat earfon yang dicocok kat telinga ak... LEE HYORI (U-go-girl), SNSD (happy) ngan BOA (energetic)...

rupa2nya dalam uni ak nih ad group boys yang memang agak fanatik dengan SNSD, ak pun baru tahu sebab kawan a.k.a rumet ak yang inform, wateverlah guys. bila tanya kat klasmet ak, dorang layan lagu apa, sungguh ak insaf keluarkan soalan tu "kitorang layan lagu nasyid je, bukan faham sangat lagu english."... eh jangan salah faham k, ak layan jugak lagu nasyid ni, tapi lambakan lagu nasyid orang2 muda sekarang banyak berkisar tentang cinta, tentang kecantikan wanita, tentang hubungan laki pempuan..so dari ak layan dengar lagu2 nasyid macam tu, bek ak layan dengar lagu english, at least boleh improve vocab ak...*ye2 jek*


eh jam da pukul 6.47pm!!!! giler apa ak dok depan laptop ni xperasan sungguh waktu yang da nak masuk maghrib hanya beberapa minit.makanan xbeli lagi, buka xkan nak makan megi? eh k ok je, lagipun bulan bersama ak lagi, hakhak. agak serabut jugak ak tengok tempat ak bertapa nih (a.k.a tempat ak duduk2 untuk study)...bila jelah ak nak mengemas ni, sungguh malas itu terserlah bila tengok tempat semak. well~ untuk orang2 jiwa seni macam ak nih, xboleh kemas2 sangat nanti jiwa x aman bila tengok semua barang tersusun rapi, agh!!! itu semua dusta belaka! siapa yang xsuka hidup dalam keadaan yang kemas?





p/s~ nak kemas ke x ek malam ni? xpelah, esok lusa masih ada hari. bukan ad kucing nak beranak pun dalam bilik nih kalau ak xkemas. *perempuan apakah ini*

5 comments:

  1. haha pape je mellisa ni.huhuhuhhuhu....

    g pjok afif...cian dieee mell x lyn die dh

    ReplyDelete
  2. pergh.. dah mcm cerpen dah ak tgk... tmbh sket lg kepanjangan entry ko ni, bleh r jd novel plak... hohoho...

    ReplyDelete
  3. ha bru ko tw loy
    senanyer cita2 ak nk ganti pengarang alaf21 tu

    ReplyDelete
  4. hahaha..
    klo ko jd pengarang alaf 21, alamatnye lingkup r syarikat 2 ko wat...

    ReplyDelete