May 19, 2011

cerita siut ak, bukan ak siut ok

ASSALAMUALAIKUM wbt to sesiapa sahaja yang sedang membaca entry ni... korang ni xde keje ke yang nak dibuat, ada plak masanya nak membaca entry kat dalam blog?eh.eh. jangan ler terus tutup ikon blog ni~ amboi makngah, garang sungguh terus nak close blog teman ni haa... da sarapan ke si pembaca? ok saya belum. ok tipu. sarapan tu tidak lah, tapi sempat ler menjamah half dari karipap kentang yang makcik gue beli dari kedai tah mana. mekasih lerkepada makcik saya yang sanggup keluar sebab nak membeli sarapan supaya saya tak berlapar ke tempat kerja.

tempat kerja??? ok.ok..... yelaaaaa~ tempat training, bukan ke tu sama je macam tempat kerja?? sebab ak bekerja jugak kat sini, bukan aku main pasir ke, joget-joget depan orang macam kat kluang mall itu hari ke....


ha ni nak cerita ni~ ritu lepas sampai ke kluang, aku pun berehat-rehat, makan spegeti sebab malas nak makan nasi kat dapur, lepas puan ibu hantar cik akak aku ke terminal, aku pun bersiap petang tu nak berjalan-jalan merayap di bandar kluang. almaklum lah~ esok aku da nak kena ke JB, nak kerja kononnya~ sekali tu, lepas da parking2 kat tempat parking ler of kos kannnn, kami pun berjalan ke KM. kami adalah ak, puan ibu, 2 orang adik perempuan ak. sesampainyer di KM, kami naik eskelator nak tengok ler apabendanyer yang bising sangat kat tingkat atas tu. ya Allah! ada ke patut (memang bagi ak sangat x patot ok) puan ibu ajak ler aku yang naif ni pergi ke kluang mall yang by that time ada car show, yang macam TD2000 punya cars tu, ada show ler sket kat hall KM tu. so adalah dj ni dia buat kuiz bagai kat tengah2 show-hall tu, aku pun pergi lah tengok pebenda yang dibuatnyer. owhhh~ ada kuiz dapat goody bag 101 Haircare rupanyer~ ok lah tu, jawab benda simple-simple dapat goody bag haircare, so aku pun menjengah ler ke depan sikit nak tengok...... x ada apa pun yang berlaku time tu. then bila ada music, aku pun berundur ler nak bagi laluan kat orang lain, sekali tu!!!! ha ni yang part siut berlaku. puan ibu tunjuk-tunjuk kat aku bila orang tu tengah cari 'sukarelawan' perempuan untuk demo dance. sekali aku ditarik oleh dj pompuan tu dan ak dipaksa ke tengah..... dipaksa ok! haha. dengan blur2 naif inesen gitu ak pun ke tengah ler ikut je apa dj tu suruh. rupanyer AKU KENA MENARI!!! ok kat situ siut part 1. ak pun berjoget macam kat disko (ye lah tu~) dengan nyonya....... ada ke suruh ak yang comel pemalu ni berjogetan dengan aunty tu??? x rock r beb~ haha. pastu aku pun berjoget macam kat rumah, konon kat rumah berjoget. lepas beres 'tugas' aku tu, aku pun dapat ler cenderamata sebab meng'hibur'kan penonton. ok selesai part tu.

ingat tak aku ada cakap kat atas tadi, kami nak pergi berjalan-jalan merayap sebab esoknya aku nak kena tinggal kat jb sudah? ingat lagi? ok ni part 2 siut. da siap-siap ak berjoget sakan, gerak plak tengok ada chinese dance students buat performance kat stage KM tu, serius aku suka tengok danceshow cantu. kira macam battle dance antara groups lah. ok sangat best untuk aku. korang x suka, tu korang punya pasallah kan. eh.eh. nak tutup ikon lagi ke?? janganlaa~ sikit je lagi ni, baca sampai habis ye~ alolololo... berbalik kepada apa yang ak ceritakan tadi, lepas lalu kat dance battle show tu, memang sangat tak patot puan ibu kata, "Ala, Ca kan duduk pahang, menari kat sini bukan ada orang kenal pun, kan?" ughhhhh sentap mak nak~ haha. dan siut part 3 adalah, lepas lalu kat dance show tu, puan ibu berkata "Ha jomlah balik dah." maka aku dengan kenaifan berganda, tercengang: aik, nak balik dah?....... aku pun tengok ke puan ibu dan berkata (peh skema ayat): "So kita g sini kiranya untuk ak menari jelah, da siap, kita balik, cmtu?" punyalah besar gelak puan ibu, HAHAHAHAHAHAHAHA!!!!! ha camtu ler konon-konon nyer..... giler tipu! xkan ler puan ibu gelak kuat camtu...iye! betol! (sambil kerut-kerut kening nak suruh percaya). yelah aku tipu.ibu gelak cam aku gelak, tapi aku gelak sopan lagilah. hehe

ok itu je cerita siut pepagi ni. nanti aku update cerita tentang praktikal aku ni. minggu pertama aku kena membaca je da macam buat psm ok. sangat menagantukkan! xpelah~ ikutkan jela~ kan untuk kebaikan kau jugak cik siswi, kata nak belajar kat tempat orang~ yelaaaa~


p/s~ ........... janganlah perut berbunyi, itu petanda LAPAR!

ok bye~ jangan malas buat kerja ye kawan-kawan (mood upin ipin)

No comments:

Post a Comment