Dec 19, 2010

mainan tidur yang nyata!

salam n hi again kengkawan~ jap2, sebelum tu, nk senyum lebo2 sebab dah kalahkn abg ali main game parking mania kat fb..waka2 eh2 r abg~ haha. i told u i beat u, now i have! haha.. ok sambung entry.


ini semata2 nak cakap yang ak mimpi agak seram suatu hari tu...salah2, suatu malam tu, ak bermimpi.. (ek eleh, igtkan apa sangat, mimpi je pn nk kepoci).. haha, ok2, yelaaa2~ ak seorang daripada makhluk kejadian Allah yang JARANG BERMIMPI okeh? sebab tu nk kepoci2 sket ble mimpi nih. orang2 tua kan selalu kata kalau mimpi sekian2 ni ada maksud tersirat kan? kan? kan makcik? pakcik kedai kopi? betoool~ (pakcik jawab).. so kesimpulannya (awal da ad conclusion), ak nak cerita sket tentang 4 mimpi yang ak alami dan memang memberi impak dan kesan dalam hidup, chewaaaa~ haha, layankan jela ye






CERITA NO. 1 
ada sekali dulu suatu masa alam ketika yang aku x ingat umur ak berapa bulan selepas beberapa tahun aku dilahirkan (pe panjang sangat tah), ak bermimpi yang mr abah menang sebuah kereta kancil, okey menurut cerita2 orang zaman tua2 dulu, kalau kita mimpi kereta putih, kemungkinan kita akan ditimpa kemalangan. betul ke?? boleh percaya ke cerita tu?? pe kaitan dengan mimpi ak? ha kat sini lah bermulanya alkisah yang ak sangat menitik beratkan mimpi ak ni, dulu2 buat dono je tapi sejak dari ak mimpi mr abah menang SEBUAH KERETA KANCIL PUTIH, ak mula percaya xbanyak, sikit pn jadi r kan, tentang mimpi2 yang ak dapat time tidur, op kos ler time tidur, lau tidak, xdelah namanya mimpi, tapi berangan... ceh... dan ak pun membagitaw kat mr abah and puan ibu yang ak mimpi tentang hadiah tu, ha memang betul rupanya mr abah dapat 'hadiah'.. x lama lepas mimpi ak tu, mr abah eksiden sikit kat kereta yang dia drive, sedang2 elok nak masuk simpang, ada kereta terlajak agaknya, terlanggar kereta mr abah time tu, maka betullah jugak kiranya mimpi ak tu, and mr abah memang dapat 'hadiah' dari mimpi ak.


 curik kat Google, pck xmara kaaaan~




CERITA NO. 2
ok masuk ek mimpi atau cerita tentang mimpi yang kedua pulak ye u ols~ ha ni kisah agak penting, eceh! korang2 u ols masih ingat kan bila TSUNAMI melanda negara kita suatu tahun yang lepas? ingta lagi x? memang xpatut r korang2 u ols kalau dah lupakan peristiwa tu! sguh xpatot~ ok apa yang ak nak cerita kat sini?? sebelum peristiwa tsunami tu berlaku, ak ad bermimpi yang ak nampak suatu pemandangan laut, ok cuba r korang bayangkan jap, laut yang macam kita duduk kat satu tembok, pastu juntai kaki main goyang2 kaki tengok ombak tu, ha dapat x korang bayangkan?? dapat imaginasikan x suasana tu?? dapat? ok, hensem r tu dh! ha ak mimpi suasana n pemandangan yang macam tu, and dalam mimpi tu ak ibarat tengah merakam dari satu sudut (ofkoss ler xde muka n jasad ak time tu, ak tgh merakam, jgn tny plak ak tgh buatpe)... dari situ aku nampak ombak yang sangat besar ok, sangatlah besar sampai satu keadaan lepas ombak tu surut, ada macam2 hidupan laut terdampar kat pesisir pantai yang xberapa luas tu, anggaran tembok ke pesisir pantai tu macam 200m-500m je, dekat je! apa hidupan laut yang terdampar tu?? dalam mimpi tu ak nampak ad ikan jerung, ada dolphin, ada lain2 tapi yang paling aku ingat ada jerung and ikan paus yang terdampar dengan sampah sarap yang datang dari laut, coklat2 lumut kaler dia. dabn x lama lepas mimpi ak tu, malaysia gempar dengan kejadian tsunami. ha ini pun lagi satu sebab kenapa ak semkain percaya dengan mimpi ak! korang percaya?? terpulang, sebab ak yang mimpi, bukan korang.




CERITA NO. 3
ok ni agak scary untuk ak, bukan apa, mimpi hantu. and hantu tu adalah versi cina, and lokasi? TOILET!!! tempat yang memg syaitan tinggal untuk ganggu and takutkan manusia lebih2 lagi perempuan. ok ni xde unsur2 lucah ye, walaupun ak nak cakap yang time awal2 mimpi tu, ak tgh nak mandi. camni mimpi tu ye kawan2 anak2 sekelian, time tu aku tengah nak mandi and letak barang2 shower ak kat lantai, ak buka ler showerpipe tu, memancut air...TETIBA!!! ada orang tolak pintu tu padahal ak dah tutup, so ak cepat2 tutup, tapi orang tu macam nak bukak jugak. ok seyes seram sebab??? tenaga orang tu sangat kuat sebab ak melawan nak tutup pintu shower room tu tapi dia tolak dengan satu tangan je nak melawan tenaga ak. lepas ak berhempas pulas tu, tiba2 scene bertukar, tangan td da xmelawan and ak rasa time tu nak masuk maghrib (bukan waktu sebenar, ak xtdo time maghrib ritu)... then ak da siap balut2 nak keluar dari toilet, ak rasa meremang yang sangat3... ak jengah muka, time tu bayangkan ye u ols, yang ak tgh mandi kat shower room yang kedua, and bila ak jengah kepala nak tengok keluar, ada kepala yang sama2 jengah keluar dari toilet pertama sebelah kanan ak. rambut pendek paras atas bahu, mata sangat sepet, mulut kaku (xsenyum or anything)... then ak takbir (dalam toilet tu, huhu), 'dia' buat dek je, siut tol! then ak dengar azan (maghrib), ak tgk 'dia' tekup telinga and geleng2 macam xnak dengar, tapi maybe xcukup nak takutkan dia sebab time tu ak masih daklam toilet, takut sgt nak keluar wooo~ pastu 'dia' bergerak tapi bukan berjalan, macam angin lalu pergerakan dia menghadap ak betul2 depan shower room kedua tu, mulut ak kumat-kamit baca ayat2 yang patut. tapi xde kesan kat 'dia'... dek takut sangat...aku pun...ak...terbangun!!!! haha~ nak terkucil, xke macam siut, da r baru lepas mimpi kena kacau kat toilet, ak terbangun kul 3am, dengan sebab ak nak g toilet sebab nk buang air, and g tu plak sorang2 je. huhuh~ seb bek xde apa2 yang kacau ak time tu...takot tu memanglah, tapi buang mest buang..kan?? hehe. esoknya lepas bangun, ak gitaw kt rumet ak si jijah n anis.

beberapa hari lepas mimpi tu, sampailah musim nak cuti semester, and ak kemas2 barang, buku, file and segala yang ada kat meja kecil tempat ak study, kilas2 kertas yang nak dibuang ak terjumpa sesuatu... GAMBAR SEORANG PEREMPUAN CINA YANG SANGAT MIRIP HANTU DALAM MIMPI TU!!! gambar tu ak lukis memang hanya bahagian kepala je, time ak lukis tu time ad presentation unit op study week. ak xcakap memula, just tunjuk kat jijah kertas yang ada lukisan tu, jijah terus boleh agak and suruh ak alihkan dari dia gambar tu, heheh... ye, itulah 'perempuan' yang muncul dalam mimpi ak! rambut pendek, mata sepet, rambut pendek, hanya sampai bahagian bahu gambarnya..... seram wuuu~






CERITA NO. 4
ni ak mimpi ada ULAR main dekat kaki ak, and bila ak halau2 dia xnk jugak pergi, ha korang pandai2 lah pk apa makna tersirat dia. ada yang kata ada orang niat jahat kat kita (wallahualam).. and ada jugak yang kata ad orang nak datang meminang... eh ye ke??? haha, ak xtahu. 








p/s~ jangan main2 dengan mimpi, memang mainan tidur tapi mainan tu boleh jadi merbaaahaaayaa~ 



5 comments:

  1. oitttt x bley blah citer psal menang parking kat sini...hahhaha

    ReplyDelete
  2. lupa lak nak bgtau nama...hahhahah

    ReplyDelete
  3. to anonymous: ali
    hahahaha!!!! sikit je kat intro tu, bukn buat whole enrty..lalalala~

    ReplyDelete
  4. huhu..selalu juga mimpi jadi kenyataan...dulu mimpi result pmr dpt bgus..bila kuar result, mmg alhamdulillah la...banyak lagi la mimpi yg jadi kenyataan ni..tsunami, jatuh bangunan pun ade..mimpi terbang pun ade

    ReplyDelete
  5. ad lak pnh mimpi jd askar, men snapang plak tu.. budak KRS, hahaha, lasak sket mimpi

    ReplyDelete