Dec 8, 2009

jemari dari hati

bila kita beri sesuatu pada seseorang, kita xberharap semua orang akan membalas pemberian kita, sebabnya kita ikhlas nk memberi.

bila kita selalu memberi dengan hati yang terbuka, kita jarang atau mungkin tak terfikir tanggapan orang pada kita.

mungkin kita disalah erti sebagai orang yang mahukan sesuatu, maka kita memberi sesuatu.
mungkin juga kita disalah erti sebagai mahu menunjuk, sedangkan kita menganggap itu suatu kesudian dari hati.

tak mustahil juga orang memandang tinggi kepada kita dengan harapan kita terus memberi dan mereka menerima tanpa sebarang keinginan untuk menghargai pemberian tersebut.

tapi bgaimana mahu menjawab kepada hati bila ia bertanya
tiadakah yang mahu membalas apa yang telah hati beri
tiadakah yang sudi hargai apa yang hati telah kirimi
tiadakah ruang untuk hati berteleku di medan sunyi
entah knp, jari mahu menulis sesuatu dari hati yang ku kira sedang berduka
tapi tiada mahu utk ku melakar siapakah gerangan diri itu
pengalaman itu mengajar manusia, mengajar ku juga
mengenai manusia, sifat, mungkin juga emosi manusia yang lainnya

tapi hati masih jahil, masih gagal mentafsir
apakah kesilapan lalu mungkin berulang
apakah kesilapan lalu belum terbuang
mungkin kisah lalu masih bersisa
mungkin kasih lalu masih bersuara
mungkin luka hati belum ketemu penawarnya
mungkin juga...

No comments:

Post a Comment