Nov 28, 2010

sebuah perkahwinan

sumber: Metro Nov 28, 2010;


14 Feb 2005 (Negeri Sembilan)
- guru wanita 43 tahun mendakwa didera suami seorang pegawai kastam 47 tahun selama 2 tahun. mangsa ditolak ke lantai beberapa kali hingga mencederakan mangsa.


6 Apr, 2000 (Cheras, KL)
- suami memperlakukan isteri seperti haiwan dengan mengikatnya pada rantai 3 meter panjang, di dinding rumah dan kadangkala di tiang pagar depan anak dan jiran.


1 Feb, 1997 ( Kuala Terengganu)
- seorang wanita hamil, 20 tahun, lari ke rumah ibu untuk berlindung bersama anak berusia 13 bulan dari suami panas baran yang kerap memukul dan menderanya.


25 Julai 1997 (PJ)
- seorang isteri disepak dan ditumbuk suaminya yang mengikut perasaan selepas mangsa meminta wang untuk membeli beras dan keperluan dapur.


9 Ogos 1996 (Kampung Baru, KL)
- seorang isteri mendakwa didera suami yang kaki mabuk dan judi selain memaksa melakukan seks.

21 Feb 1995 (Pontian)
- seorang isteri 61 tahun, dicekik oleh suaminya, 43 tahun, kemudian ditolak sehingga jatuh tangga selain cedera teruk di kepala dan dada serta lebam di leher dan muka yang akhirnya mati .


2 Mac, 1995 (Klang)
- seorang isteri, 35 tahun, pekerja kilang, cedera di pergelangan tangan, bengkak pada mata, belakang badan, pipi dan punggung dipercayai dipukul oleh suaminya.


27 Disember, 1995 (Kuantan)
- seorang isteri, 17 tahun, melarikan diri dari rumah akibat didera oleh suaminya yang menyebabkan cedera di dada dan perut.


22 Ogos, 1994 ( Hulu Klang)
- isteri seorang imam menghadapi tekanan jiwa akibat perbuatan suaminya menyebabkan tanda kecederaan pada tubuh akibat penderaan



semoga raja sehari akan bahagia melayari kehidupan rumahtangga dan melaksanakan TANGGUNGJAWAB yang wajib, kerana tanggungan itu yang akan 'dijual' untuk 'membeli' tempat di syurga, insyaAllah. semoga jodohku dari umat Rasulullah yang soleh dan perhiasilah diriku dan wanita2 menjadi muslimah solehah, ameen.

No comments:

Post a Comment